Boleh dikatakan agak banyak perubahan yang berlaku sejak Pakatan Harapan mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Antara yang paling menarik perhatian adalah pemotongan gaji menteri kabinet sebanyak 10%.

Bercakap mengenai gaji, agak menarik untuk kita mencungkil serba sedikit mengenai beberapa syarikat senarai awam terbesar Malaysia dan melihat berapa gaji tahunan yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com ingin kongsikan 7 CEO syarikat awam terbesar di Malaysia yang menerima gaji tertinggi.

7. Axiata Group Berhad

axiata group

Axiata Group Berhad merupakan salah satu konglomerat telekomunikasi di Malaysia yang memiliki Celom dan memiliki permodalan pasaran bersih mencecah RM38.55 bilion.

Selain daripada Celcom, syarikat ini juga bekerja sama dengan beberapa syarikat antarabangsa di negara lain dalam menyediakan perkhidmatan telekomunikasi termasuklah Idea Cellular di India dan M1 di Singapura.

dato sri jamaludin ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

Dengan pendapatan tahunan keseluruhan lebih daripada RM6 juta pada tahun 2017, CEO Axiata Group Berhad Dato' Sri Jamaludin berada di kedudukan ke-7 senarai ini.

Gaji dan bonus: RM3.57 juta

Lain-lain: RM2.79 juta

Jumlah pendapatan: RM6.37 juta

6. Tenaga Nasional Berhad

tenaga nasional berhad

Tenaga Nasional Berhad adalah syarikat penyedia perkhidmatan bekalan elektrik tunggal di Malaysia dengan permodalan pasaran melebihi RM58 bilion.

Syarikat ini memberikan perkhidmatan kepada lebih daripada 8 juta pengguna setiap tahun, termasuk kediaman dan komersil.

datuk seri ir azman bin mohd ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

TNB adalah anak syarikat Khazanah Nasional dan mempunyai anak syarikat iaitu Integrax. Datuk Seri Ir. Azman bin Mohd adalah Ketua Pegawai Eksekutif TNB ketika ini dan memperoleh pendapatan tahunan lebih daripada RM7 juta untuk tahun 2017.

Gaji: RM3.49 juta

Bonus: RM3.0 juta

Manfaat: RM639,099

Jumlah pendapatan: RM7.25 juta

5. Sime Darby Plantation

sime darby 915

Sime Darby Plantation adalah anak syarikat Kumpulan Sime Darby. Ia mengendalikan urusan pengeluaran produk daripada minyak sawit.

Dengan nilai permodalan pasaran bersih sebanyak RM35.9 bilion, kumpulan ini juga mendakwa memegang 20% daripada pengeluaran global Certified Sustainable Palm Oil (CSPO), menjadikannya sebagai pengeluar terbesar di dunia.

dato mohd bakke salleh ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif Sime Darby dan Sime Darby Plantation, Dato' Mohd Bakke Salleh memperoleh pendapatan sebanyak RM7.86 juta secara keseluruhan pada tahun 2017.

Gaji dan lain-lain: RM7.83 juta

Manfaat: RM32,000

Jumlah pendapatan: RM7.86 juta

4. Malayan Banking Berhad

maybank

Dari segi aset dan pelanggan, Maybank adalah bank paling besar di Malaysia dengan nilai permodalan pasaran sebanyak RM56 bilion.

Syarikat ini memegang kepentingan dalam beberapa sektor kwangan di pasaran serantau melalui anak-anak syarikat termasuklah Maybank Islamic, Maybank Investment Berhad dan Etiqa Insurance.

Selain Asia Tenggara, Maybank juga menyediakan perkhidmatan di Hong Kong, China, Bahrain, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Pakistan.

datuk abdul farid alias ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

Datuk Abdul Farid Alias adalah Ketua Pegawai Eksutif Maybank ketika ini dan laporan kewangan tahun 2017 menunjukkan pendapatan yang diterima adalah lebih daripada RM8 juta.

Gaji: RM2.4 juta

Bonus: RM4.3 juta

Manfaat: RM39,000

Lain-lain: RM1.996 juta

Jumlah pendapatan: RM8.735 juta

3. CIMB Group Holdings

cimb group

Adalah tidak menghairankan bagi CIMB untuk berada dalam senarai ini. Syarikat perbankan tempatan ini mempunyai lebih daripada 1,000 cawangan di rantau ASEAN.

Kini nilai bersih pasaran CIMB Group Holding melebihi RM38 bilion dan mengendalikan banyak anak syarikat sama seperti Public Bank dan Maybank.

ym dato sri zafrul aziz ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group Holdings ketika ini adalah Dato' Sri Zafrul Aziz dan menurut laporan tahunan syarikat ini, pendapatan beliau pada tahun 2017 hampir mencecah RM10 juta.

Gaji dan lain-lain: RM9.86 juta

Manfaat: RM24,000

Jumlah pendapatan: RM9.89 juta

2. Public Bank Berhad

public bank

Public Bank Berhad berada di tangga kedua senarai ini dengan nilai pasaran bersih melebihi RM73 bilion. Public Bank Berhad merupakan antara salah satu bank terbesar di Asia Tenggara dengan perolehan bersih sebanyak RM5.47 bilion dan asset bernilai RM395 bilion.

Sebagai ketua pegawai kepada bank terkemuka Asia Tenggara, sudah tentulah CEO syarikat ini mendapat ganjaran yang sepadan.

tan sri dato sri tay ah lek ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

Laporan kewangan tahunan bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2017 menunjukkan Ketua Pegawai Eksekutif Public Bank Berhad, Tan Sri Dato' Sri Tay Ah Lek memperoleh pendapatan sebanyak RM27.84 juta secara keseluruhan.

Ia menjadikan beliau sebagai CEO dengan gaji tertinggi dalam senarai ini.

Gaji: RM11.08 juta

Bonus: RM15,974,000

Manfaat: RM28,000

Jumlah pendapatan: RM27.84 juta

1. Genting Berhad

genting berhad

Genting Berhad yang ditubuhkan oleh mendiang Tan Sri Lim Goh Tong terkenal sebagai salah satu jenama pelancongan terkemuka di Malaysia. Syarikat ini mempunyai pelbagai anak syarikat yang beroperasi di bawah kendaliannya termasuklah Genting Singapore, Genting Malaysia Berhad dan Genting Plantation Berhad.

Genting Berhad mempunyai nilai pasaran bersih mencecah RM151.6 bilion disumbang oleh resort dan kasino di merata lokasi dunia termasuklah Asia Tenggara dan United Kingdom.

tan sri lim kok thay ceo dengan gaji paling tinggi di malaysia

Dan CEO Genting Berhad, Tan Sri Lim Kok Thay yang juga anak kedua kepada pengasas kumpulan syarikat ini merupakan CEO yang mendapat pendapatan tertinggi di Malaysia, iaitu hampir RM170 juta pada tahun 2017.

Gaji dan bonus: RM130.3 juta

Manfaat: RM2 juta

Lain-lain: RM35.1 juta

Jumlah pendapatan: RM168 juta

Rujukan:

1. Vulcan Post

2. Sime Darby

3. Axiata

4. Genting

5. CIMB




Hakcipta iluminasi.com (2017)