Usia 12 tahun adalah usia kanak-kanak sedang membesar. Rata-rata daripada kanak-kanak ketika ini menghabiskan masa dengan rakan-rakan dan pada zaman ini, lebih kepada bermain dengan gajet yang mempunyai pelbagai jenis aplikasi.

Namun bagi kanak-kanak India ini, Tanmay Bakshi, beliau sudah berada jauh meninggalkan bukan sahaja rakan sebaya, malah orang dewasa. Pada usia 9 tahun, Tanmay sudah melancarkan aplikasi iPhone pertamanya iaitu "tTables", yang membantu kanak-kanak mempelajari pendaraban. Setelah 3 kali ditolak oleh Apple Store, akhirnya ia diluluskan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan pada usia 13 tahun, Tanmay bekerja sebagai salah seorang tenaga kerja Artificial Intelligence di IBM. Beliau juga merupakan pengaturcara komputer sistem IBM Watson yang termuda di dunia. IBM Watson adalah enjin pintar yang mengendalikan Artificial Intelligence dan juga Intenet of Things (IoT).

tanmay bakshi minat pengaturcaraan komputer sejak berusia 5 tahun

Tak cukup dengan itu, Tanmay juga merupakan seorang penulis buku dan juara IBM Cloud dan penasihat kehormat Cloud IBM. Tanmay mampu mengaturcara dalam pelbagai bahasa komputer termasuklah swift, VB, Java dan C#.

Terdapat desas-desus bahawa kanak-kanak ini bekerja di Google dengan bayaran gaji sebanyak RM6.6 juta, namun itu hanyalah khabar angin.

Mula minat dengan komputer

Tanmay mula "jatuh cinta" dengan komputer ketika seawal usia 5 tahun. Sifat ingin tahu yang sangat tinggi ditunjukkan oleh Tanmay kerana melihatkan bapanya yang sering mengaturcara komputer. 

tanmay bakshi programmer termuda ibm

Bermula dengan menghasilkan program pertamanya iaitu paparan "Hello World", beliau mula mempelajari bahasa-bahasa komputer yang lain. Bagi kanak-kanak pintar ini, beliau tidak bersekolah seperti rakan sebayanya kerana Tanmay bersekolah sendiri di rumah yang dirasakan sebagai kelebihan baginya.

Dengan ini Tanmay dapat menyelaraskan pengekodannya dengan apa yang dipelajari. Sebagai contoh, jika terdapat konsep matematik yang perlu dipelajari, Tanmay akan menggunakan algoritma tersebut untuk mencipta aplikasi.

Namun, ia bukan datang dengan semudah itu. Hampir 40% daripada masa seharian. Beliau juga sangat aktif di laman Youtube dengan menghasilkan video-video bagi berkongsikan ilmu yang ada. Ketika ini akaun Youtube beliau mempunyai lebih daripada 237,000 pengikut.

Walaupun lebih pintar daripada rakan seusia, namun hidup Tanmay juga seperti kanak-kanak biasa. Beliau gemar bermain ping pong di waktu lapangnya. Sama ada dengan rakan atau dinding, beliau akan berlatih setiap hari.

Masa depan Artificial Intellingence

tanmay bakshi juga merupakan seorang penceramah di ted

Ketika ditanyakan mengenai teknologi masa depan seperti Artficial Intelligence dan Virtual Reality, Tanmay berkata beliau tak faham mengapa ramai pihak yang takutkan teknologi Artificial Intellingece.

Menurutnya, AI dihasilkan oleh manusia untuk membantu manusia dan kita boleh menghentikannya bila-bila masa yang kita suka. Jadi, tak ada apa yang perlu dirisaukan, dan ia telah membantu dalam pelbagai bidang seperti sains perubatan, media sosial, penyelidikan, pendidikan dan banyak lagi.

ibm watson

Tanmay ketika ini menghasilkan program "AskTanmay" yang berasaskan Watson. Ia merupakan program "Natural Language Question Answer" berasaskan web pertama yang dibina melalui bantuan Watson. Ia boleh dibandingkan dengan Siri atau pun Google Now, namun ia agak berlainan.

Tanmay mahukan program ini berkembang menjadi penyelesaian yang lebih baik, dan ia adalah sumber terbuka yang boleh diakses oleh orang ramai.

Rancangan masa depan

tanmay bakshi

Rancangan masa depan kanak-kanak hebat ini masih lagi dalam perancangan. Namun kini beliau hanya mahu terus menghasilkan projek-projek dan menghadiri lebih banyak konferens. Ini amat penting bagi mengumpulkan pengalaman dan ilmu.

Tanmay juga menyuarakan keinginannya menghasilkan lebih banyak video dan buku. 

Rujukan :

  1. IBM
  2. ABC



Hakcipta iluminasi.com (2017)