Oleh pada 20 Jul 2017 kategori

she era

Di dalam sebuah persidangan, 2017 Global Conference on Women and Entrepreneurship di Zhejiang,China, Jack Ma telah memberikan respon yang dapat menghentikan stigma terhadap wanita. Beliau telah menjawab soalan yang sering ditanya oleh orang kepadanya : Adakah anda mahu menjadi lelaki atau wanita di kelahiran semula?

Beliau menjawab, wanita

jack ma 3

"Ya, benar, jika saya menjadi wanita di kelahiran akan datang, saya mahu mempunyai dua orang anak, dan menubuhkan 2 syarikat. 2 buah syarikat yang bagus, bukan syarikat yang besar. Saya berasakan lelaki berkebolehan dalam membesarkan syarikat mereka, manakala wanita pula menjadikan sesebuah syarikat itu lebih baik," jelas Jack Ma. 

Wanita jadikan syarikat lebih baik

Di sini kita boleh mendapati bahawa Jack Ma mempunyai visi tersendiri di mana beliau tahu dengan kehadiran wanita di dalam sesebuah syarikat, ia menjadikan syarikat itu menjadi lebih baik.

jack ma smiles

Menurut Jack Ma lagi, salah satu daripada kunci kejayaan syarikatnya, Alibaba Group, yang berkeuntungan sebanyak RM26 billion pada tahun 2017, adalah kerana mereka mempunyai banyak pekerja dari golongan wanita.

"Ketika waktu-waktu sukar yang dialami saya, wanita-wanita inilah yang menyokong dan menggalakkan saya untuk sabar dan tabah. Saya sangat bersyukur mempunyai mereka sebagai pekerja.

Wanita adalah resipi kejayaan syarikat

Mengambil pekerja perempuan, bagi Jack Ma adalah seperti resepi rahsia kejayaan sesebuah syarikat kerana wanita lebih mengambil kisah mengenai orang lain berbanding lelaki. Menurutnya lagi, wanita akan menjadi sangat berkuasa di abad ke-21, kerana abad sebelum ini orang membanding-bandingkan serta menghargai otot, tetapi abad ini orang lebih menghargai kebijaksanaan.

jack ma 2 81

Jack Ma yang terkenal sebagai seorang yang bijak dalam mengatur strategi bisnes, ditanya sama ada beliau boleh menandingi kepintaran ibunya. Beliau menjawab dengan memberitahu bahawa wanita boleh menyelami sesuatu masalah yang kompleks dan rumit hingga ke dasarnya. "Tak ramai yang boleh menandingi kepintaran ibu mereka. Saya rasa adalah lebih mudah untuk menyembunyikan sesuatu dari ayah daripada ibu.

jack ma dan isteri

Di akhir ucapannya, Jack Ma memberitahu bahawa akan muncul lebih ramai usahawan hebat dan pemimpin politik dari golongan wanita.


tags : , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)