Apabila bercakap mengenai monopoli, ramai yang akan berasa tidak senang. Namun, itulah yang berlaku dalam dunia zaman kini di mana syarikat-syarikat besar mengawal dunia dengan mengeluarkan produk-produk yang kita tidak tahu bahawa daripada syarikat yang sama. Pautan ke bahagian 1

Juga monopoli juga dilakukan dengan mengawal harga pasaran tanpa pengetahuan pengguna. iluminasi.com ingin kongsikan 5 syarikat yang mengawal dunia secara senyap bahagian 2.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Disney

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 3

Daripada kanak-kanak hinggalah ke orang dewasa, semua menyukai Disney. Jadi tak hairanlah jika lebih daripada separuh daripada semua filem terlaris dalam dekad yang lalu dimiliki oleh Disney.

Dan disebabkan ini, Disney mempunyai pengaruh yang besar di seluruh dunia. Bagi yang tak tahu, mungkin anda hanya menyangkakan Disney menghasilkan filem kanak-kanak, namun sebenarnya lebih daripada itu.

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 1

Disney merupakan pemilik bagi Walt Disney Record, Marvel Comic, Touchstone Picture, Lucas Film, ABC, Disney Music Publishing, The Baby Einstein Company, Hollywood Records dan Pixar.

Dan bagi anda yang tidak gemar menonton filem dan hanya meminati sukan serta sering menonton ESPN, ya, ESPN juga merupakan milik Disney.

Pada tahun 2017, aset milik Disney dianggarkan bernilai RM372 billion dan pendapatan sebanyak RM214 billion.

2. Luxottica

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 4

Apabila anda masuk ke kedai kaca mata, pasti mata anda rambang melihatkan bermacam-macam jenis kaca mata dengan pelbagai jenama. Namun, tahukah anda kebanyakan daripada kacamata berjenama terkenal dunia dihasilkan oleh syarikat yang sama?

Luxottica Group S.p.A adalah syarikat kacamata Itali dan merupakan syarikat terbesar di dunia dalam industri ini. Berpangkalan di Milan, Itali, syarikat ini merekabentuk, mengeluarkan, mengedarkan dan menjual jenama kacamatanya termasuklah LensCrafters, Sunglass Hut, Apex by Sunglass Hut, Pearl Vision, Sears Optical, Target Optical, pelan penjagaan penglihatan Eyemed dan Glasses.com.

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 5

Antara jenama terkenal keluarannya adalah Ray-Ban, Persol dan Oakley. Luxottica juga menghasilkan kacamata dan bingkai bagi jenama pereka terkenal seperti Chanel, Prada, Giorgio Armani, Burberry, BVLGARI, Versace, Dolce and Gabbana, Miu Miu, DKNY dan Tory Burch.

Jadi, jangan memilih sangat apabila nak membeli kerana semua dari kilang yang sama.

3. YKK Group

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 7

Pasti anda pernah mendengar, atau melihat "YKK" pada mana-mana zip anda tak kiralah zip seluar, beg atau lain-lain. YKK Group adalah sebuah syarikat Jepun yang merupakan pengeluar zip terbesar di dunia.

Ia bukan sahaja menghasilkan zip tetapi juga produk pengancing yang lain, produk seni bina, perkakasan plastik dan jentera perindustrian. YKK merupakan singkatan kepada Yoshida Kogyo Kabushiki gaisha bermaksud Perbadanan Perkilangan Yoshida yang ditubuhkan pada tahun 1934.

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 6

Ia mengeluarkan produk zip ini di 109 buah fasiliti YKK di 71 buah negara di seluruh dunia. YKK menghasilkan lebih daripada 7 billion zip setiap tahun, atau 50% daripada zip di atas muka bumi ini.

Jadi, cuba periksa sama ada zip anda dihasilkan oleh YKK atau tak.

4. Intel

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 7

Intel sangat terkenal dengen pemprosesmikro nya namun ia mempunyai sejarah menguasai bayak pasaran dalam industri komputer. Dikatakan Intel membenarkan pesaingnya yang kecil iaitu AMD hanya untuk kekal berada dalam industri ini bagi mengelakkan daripada pengawasan pihak berkuasa.

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 8

Forbes melaporkan apabila saham pasaran AMD menghampiri 20%, Intel akan mula mengorak langkah dengan perubahan harga yang strategik untuk merendahkan pasaran AMD.

Namun Intel tidak lagi berbuat demikian sehingga tahun 2014 kerana saham pasarannya kira-kira 98% pada suku tahun ke-3. 

5. Nestlé

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 8

Boleh dikatakan hampir kesemua bijirin yang anda makan setiap hari dihasilkan oleh Nestle. Nestle adalah sebuah syarikat Switzerland yang ditubuhkan pada tahun 1866 sebagai Anglo-Swiss Condensed Milk Company. 

Selepas 152 tahun, kini Nestle memiliki lebih daripada 8,500 jenama di 80 buah negara. Pada tahun 2017 sahaja, pendapatan Nestle adalah sebanyak RM370 billion.

syarikat yang mengawal dunia secara senyap 9

Antara jenama yang terkenal di kalangan kita adalah :

1. Makanan - Haagen Dasz, Drumstick, Nescafé, Nespresso, Honey Stars,Koko Krunch, Milo, Maggi

2. Makanan haiwan - Fancy Feast, Friskies, Alpo, Purina, Gourmet

3. Kosmetik - L'oreal, Garnier, The Body Shop, Maybelline, Lancome

Rujukan:

1. Educate

2. Truth

3. International Business




Hakcipta iluminasi.com (2017)