Oleh pada 12 Aug 2017 kategori

selepas pengarah drama buka mulut ini pula kenyataan terkini aliff aziz 1

Kredit foto: Beautifulnara & Utusan Online

Sekian lama terpalit dengan isu hubungan bersama aktres Afifah Nasir, aktor Alif Aziz mengakui berasa lelah dengan apa yang dilalui.

Dalam sebuah wawancara terbaru, Aliff enggan lagi mengulas akan isu berkenaan, sebaliknya menyerahkan kepada umum untuk menilai berdasarkan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh produksi. 

selepas pengarah drama buka mulut ini pula kenyataan terkini aliff aziz 2

Kredit foto: mantop.rssing.com

Saya fikir rakyat Malaysia sudah penat dengan isu ini. Saya sudah cakap bahagian saya. Tiada apa lagi nak cakap. Melalui kenyataan pengarah drama, semua orang boleh menilai. Bagi saya, di situ sudah terjawab segala persoalan. Saya pun sudah penat dengan apa yang berlaku.

Sumber: BH Online

Terdahulu, pengarah drama Izinkan Aku Mencintaimu, Mansor Akob memaklumkan pihak produksi tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan rasmi agar Aliff dan Afifah berhubungan mesra sebagaimana yang didakwa aktres itu. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)