Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

selepas afifah nasir dan wan ariff buat kenyataan ini respon panas bella astillah 1

Kredit foto: Mstar & Instagram Bella Astillah

Sebelum ini kita telah mendengar penjelasan daripada aktres Afifah Nasir dan kekasihnya, Wan Ariff tentang isu yang melanda perkahwinan penyanyi Aliff Aziz. Dakwa pasangan itu, Afifah tidak menyimpan rasa cinta terhadap Aliff dan segala layanan aktres itu kepada Aliff hanyalah atas arahan daripada pihak produksi.

Terkini, isteri kepada Aliff iaitu Bella Astillah pula tampil membidas kenyataan mereka. Dalam respon yang dimuatkan menerusi Insta Storynya, Bella memberitahu dia percaya jika bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.

selepas afifah nasir dan wan ariff buat kenyataan ini respon panas bella astillah 2

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Kalau fikir logik akal fikiran. Kita semua termasuk saya bukan lagi kanak-kanak kecil. Kita tak perlu minta izin untuk pegang tangan dan sebagainya. Kita boleh cakap tidak, boleh cakap ya. Lainlah kalau dia letak pistol atas kepala kita. Kalau betul produksi yang paksa, yang rayu, yang minta tolong ke apa, dia boleh terus buat panggilan telefon kepada saya. Bukan mereka takut sebab mereka tak nak masuk campur. Sebenarnya perkara ini tak melibatkan produksipun. Siapa yang keluar kenyataan ‘kami keluar atas urusan kerja'? Baiklah… dekat situ dah salah sebenarnya. 

Sumber: Instagram Bella Astillah

Dalam masa yang sama Bella tidak dapat menerima penjelasan Wan Ariff kerana lelaki itu hanya bercakap berdasarkan keterangan kekasihnya, malah dia tidak berada di tempat kejadian (pusat karaoke). 

selepas afifah nasir dan wan ariff buat kenyataan ini respon panas bella astillah 3

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Cukup-cukuplah tu, dia kata. Suami saya kebudak-budakkan, dia kata. Macam inilah Wan Ariff, ini bukan drama pertama suami saya berlakon. Dah banyak dia berlakon. Sebelum ini dia pernah buat 30 episod, penggambaran selama 70 hari. Alhamdulillah berjalan lancar, tiada masalah. Tak ada masalah melibatkan perempuan. Cuma kami diduga dalam cerita dia tengah penggambaran sekarang, drama ini, kenapa tiba-tiba berlaku? Kata Aliff bertepuk sebelah tangan.. adakah awak pasti? Yang disampaikan kepada awak itu hanya dari mulut. Dalam pusat karaoke itu ada kekasih awak dan suami saya sahaja.

Sumber: Instagram Bella Astillah


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)