Oleh pada 09 Aug 2017 kategori

berang kenyataan kekasihnya dikritik teman lelaki afifah nasir cabar aliff aziz 1

Kredit foto: BH Online & Instagram Wan Ariff

Tidak dapat menahan sabar kerana kenyataan kekasihnya dihentam Aliff Aziz, teman lelaki Afifah Nasir, Wan Ariff mencabar aktor itu untuk bersemuka dengannya.

Menurut Wan Ariff, penjelasan yang dikeluarkan Afifah berkenaan dia tidak mempunyai hati terhadap Aliff adalah benar hingga teman wanitanya itu berani bersumpah di hadapan Al Quran.

Ini kenyataan penuh Wan Ariff yang dipetik menerusi laman Instagramnya. 

berang kenyataan kekasihnya dikritik teman lelaki afifah nasir cabar aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Wan Ariff

Cukup-cukuplah tu. Ini masa saya pula untuk bersuara. Saya menggunakan Instagram peribadi saya untuk bercakap kerana saya tidak kenal mana-mana wartawan dan penulis blog untuk mengeluarkan kenyataan saya. Aliff Aziz, saya tak tahu sama ada awak perasan atau tidak tetapi hakikatnya awak sedang bertepuk sebelah tangan. Afifah berani bersumpah atas Quran yang dia tak ada perasaanpun pada awak. Apa yang dia lakukan hanyalah untuk melayani kerenah keanak-anakan awak. Setiap mesej yang dia balas kepada awak adalah hasil perbincangan bersama sebahagian tenaga produksi dan saya juga dimaklumkan tentang hal itu. Ya, dia berbuat silap kerana membiarkan tangannya dipegang awak (di pusat karaoke) tapi kejadian itu hanya berlaku sekali sahaja, malah dia telahpun memohon maaf kepada isteri awak. Jika pihak produksi tak mahu bersuara, biarkan mereka. Mereka tidak berani. Kami cuba menyelesaikan perkara ini dengan cara baik tapi awak masih nak bertelagah. Saya tahu macam mana hebatnya awak dalam perbuatan licik awak tu di set mahupun di luar set. Afifah menceritakan segala-galanya kepada saya tanpa perlu saya bertanya. Teruskan dan nafikan juga kenyataan saya ini tapi ingatlah Allah melihat segalanya. Alhamdulillah, selepas keluar daripada tahanan awak telahpun meminta maaf kepada orang ramai atas apa yang awak dah buat, terutama sekali isteri awak yang tak layak dilayani dengan perangai buruk awak. Saya hormati itu. Tapi awak betul-betul buatkan saya marah bila awak kaitkan nama Afifah. "Jangan tegakkan benang yang basah?" Kebenaran masih belum didedahkan lagi kepada umum. Jika awak tidak berpuas hati dengan kenyataan saya ini, ayuh jumpa saya secara berhadapan seperti seorang lelaki sebenar. Saya akan berada di set penggambaran drama tersebut Khamis ini untuk menemani Afifah. 

Nampaknya isu yang disangkakan semakin reda dengan kenyataan daripada pihak Afifah telah membangkitkan lebih banyak drama. 

Aliff dalam kenyataan terdahulu mendakwa Afifah sebagai penipu dan menyifatkan tindakan aktres itu mengheret pihak produksi ke dalam isu berkenaan adalah tidak matang. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)