Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

aliff aziz hilang 8 hari di set penggambaran akhirnya bella astillah dedah punca 1

Kredit foto: Youtube AAIBA

Isteri Aliff Aziz yang juga merupakan pengurus kepada aktor itu, Bella Astillah mengakui kenyataan yang dikeluarkan aktres Afifah Nasir berkenaan masalah dislipin yang ditimbulkan suaminya adalah benar.

Afifah dalam kenyataan sidang medianya sebelum ini mendedahkan sikap Aliff yang kerap datang lewat ke set penggambaran, malah pernah tidak datang lokasi sehingga lapan hari.

Bagaimanapun Bella mempunyai alasannya yang tersendiri. 

Jelas Bella, segalanya berpunca kerana dirinya yang sarat hamil dan sedang menunggu hari kelahiran bayi pada waktu itu. 

aliff aziz hilang 8 hari di set penggambaran akhirnya bella astillah dedah punca 2

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Saya akui dakwaan Afifah mengenai kelewatan Aliff ke lokasi penggambaran, namun ia bukanlah kerap berlaku. Saya sendiri mengandung ketika itu dan pastinya ada hal tak terduga yang membuatkan suami terlambat ke lokasi. Dia (Afifah) memang ada menyebut masalah disiplin suami saya secara terang-terangan ketika berlangsungnya sidang media diadakan. Kalau lapan hari dia tak datang ke lokasi penggambaran (drama) itu, bayangkan saya sedang sarat mengandung dan menunggu masa untuk bersalin. Sebagai suami, pastinya dia mahu temankan isterinya. Saya percaya, semua suami akan melakukan hal sama.

Sumber: BH Online

Mengulas kenyataan Afifah yang enggan bermalam di lokasi penggambaran, Bella meminta aktres itu turut mempertimbangkan keadaan suaminya yang juga mempunyai keluarga. 

aliff aziz hilang 8 hari di set penggambaran akhirnya bella astillah dedah punca 3

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Mengenai cadangan produksi supaya pelakon tinggal di inap desa pula, kalau dia (Afifah) cakap tidak mahu menetap di sana kerana nak balik ke rumah sendiri, apakah dirinya sendiri tak fikir Aliff juga mempunyai keluarga? Aliff perlu balik untuk bertemu isterinya juga.

Bella membuat kenyataan tersebut ketika diminta mengulas tentang dakwaan Afifah berkenaan masalah disiplin yang ditimbulkan Aliff di lokasi penggambaran.

Terdahulu, Bella selamat melahirkan anak sulungnya bersama Aliff pada 8 Julai lalu. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)