Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

aliff aziz dedah afifah nasir hilang di set penggambaran 1

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir & Instagram Aliff Aziz

Sehingga kini kehilangan aktres Afifah Nasir masih menjadi tanda tanya ramai. Malah hal tersebut turut menjadi persoalan kepada pasangan pelakonnya dalam drama Izinkan Aku Mencintaimu, Aliff Aziz.

Menurut Aliff, sejurus selepas keluar daripada lokap dia telahpun mengunjungi lokasi pembikinan drama itu untuk menghabiskan penggambaran yang masih berbaki lima hari. 

aliff aziz dedah afifah nasir hilang di set penggambaran 2

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka.

Sumber: Mstar

Bagaimanapun Afifah tidak hadir pada hari berkenaan dan surat doktor mengesahkan yang aktres itu tidak sihat. Apa yang membuatkan Aliff kecewa apabila Afifah masih "hilang" pada keesokan harinya meskipun sudah berjanji untuk datang.

aliff aziz dedah afifah nasir hilang di set penggambaran 3

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian.

Sumber: Mstar

Selain dinantikan oleh tenaga produksi, orang ramai juga menyeru Afifah supaya tampil menjawab isu yang mengaitkannya sebagai orang ketiga dalam rumah tangga Aliff dan Bella Astillah.


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)