Oleh pada 11 Aug 2017 kategori

akhirnya pengarah drama tampil beri kenyataan nafi kenyataan afifah nasir 1

Kredit foto: BH Online

Sekian lama dinantikan, akhirnya pihak produksi drama "Izinkan Aku Mencintaimu" tampil membuat kenyataan berhubung kontroversi hangat yang ditimbulkan oleh dua pelakon utamanya, Aliff Aziz dan Afifah Nasir.

Ternyata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengarah drama tersebut, Mansor Akob atau lebih dikenali sebagai Manchi bercanggah dengan penjelasan yang diberikan Afifah. Menurut Manchi, tiada sebarang arahan rasmi dikeluarkan oleh produksi supaya dua pelakon tersebut menjalinkan hubungan mesra. Jika ada sekalipun, hanyalah dalam perbualan santai sesama mereka.

akhirnya pengarah drama tampil beri kenyataan nafi kenyataan afifah nasir 2

Kredit foto: ohbulan.com

Kami hanya bercakap kosong dalam kalangan sendiri seperti bersembang di kedai kopi. Ia bukan perancangan produksi pun. Tiada arahan untuk mereka rapat. Soal masalah di set penggambaran itu perkara biasa dan tidak boleh dielak. Namun, kedua-dua pelakon utama memberikan komitmen dan kerjasama baik. Saya tak tahu mengenai perancangan di pusat karaoke itu.

Sumber: BH Online

Dalam perkembangan lain, drama tersebut telahpun memulakan semula penggambarannya semalam.  

akhirnya pengarah drama tampil beri kenyataan nafi kenyataan afifah nasir 3

akhirnya pengarah drama tampil beri kenyataan nafi kenyataan afifah nasir 4

Kredit foto: BH Online 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)