Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

Kredit foto: New Straits Times & hangat.com  

Semalam aktres Afifah Nasir telah tampil dengan kenyataannya berhubung isu yang mengaitkan beliau sebagai orang ketiga dalam perkahwinan penyanyi Aliff Aziz.

Dalam penjelasan yang dibuat di sidang media khas itu, Afifah mendakwa kemesraan yang terjalin antara dirinya dan Aliff di pusat karaoke adalah atas arahan daripada pihak produksi yang meminta dirinya "mengumpan" Aliff supaya menghabiskan penggambaran drama. 

Dedah Afifah, Aliff tidak berdisiplin dalam kerja kerana sering hadir lewat ke set penggambaran, malah pernah tidak datang lokasi sehingga lapan hari. Justeru sesi penggambaran drama yang awalnya dijadualkan berlangsung selama sebulan telah berlarutan sehingga ke dua bulan.

Terkini, Aliff telah tampil memberi kenyataan balas kerana menganggap penjelasan Afifah sebagai tidak masuk akal. 

susulan kenyataan sidang media afifah nasir ini kenyataan balas aliff aziz 2

Kredit foto: cnks.info

Jika betul apa yang dikatakan itu, saya mahu bertanya, berapa usia Afifah hingga tak boleh tentukan apa yang betul atau salah. Dia bukan belasan tahun hingga perlu mengikut telunjuk orang dengan alasan kononnya nak membantu produksi melunaskan penggambaran dengan segera. Usia saya 26 tahun dan Afifah sudah 24 tahun. Beza usia kami hanya dua tahun. Sejauh mana dia boleh berkorban jika benar dakwaan pihak produksi meminta dia buat begitu dan begini untuk saya? Jangan guna alasan kononnya masih baru dalam dunia seni. Bukan dia tak dibayar untuk berlakon. Dia ada hak menolak perkara yang bertentangan dengan kemahuan dirinya.

Aliff juga kesal kerana jawapan Afifah seakan cuba membela diri yang terang-terang terbukti bersalah. Tindakan Afifah mengheret pihak produksi dalam isu berkenaan dirasakan sebagai tidak matang.

Saya tak perlu nak selamatkan diri dengan membabitkan orang lain. Saya sendiri mengaku silap sebelum ini dan meminta maaf kepada isteri, keluarga, peminat dan semua pihak atas khilaf yang dilakukan. Saya fikir Afifah akan matang berdepan hal ini. Saya dan dia tahu perkara sebenar seperti apa yang saya tegaskan sebelum ini. Apabila saya teliti semula kenyataan Afifah semalam, memang ada yang tak masuk akal. Apa yang terjadi adalah hal peribadi, tak perlu babitkan produksi yang beri rezeki. Jangan nak tegakkan benang yang basah.

Dalam masa yang sama, Aliff mempertikaikan kenyataan Afifah yang mendakwa kehadirannya ke pusat karaoke bukan atas kerelaan diri. Afifah dilihat seperti berdolak-dalih mengakui kesalahan. 

susulan kenyataan sidang media afifah nasir ini kenyataan balas aliff aziz 3

Kredit foto: Beautifulnara

Malah jika saya bermasalah tak datang set sehingga lapan hari atau lambat sekalipun, pihak produksi boleh hubungi saya. Mereka boleh saman dan bertindak jika saya tak melunaskan komitmen yang sudah dipersetujui. Dia (Afifah) patungkah hingga membiarkan tangannya dipegang saya? Bukan dia tak boleh menepis atau menolak tangan saya. Malah Afifah ada menerima kiriman WhatsApp daripada isteri saya pada sebelah pagi sebelum insiden kantoi di pusat karaoke itu. Namun, Afifah pergi juga pusat karaoke terbabit. Saya terima hukuman ‘cash’ kerana perkara itu diketahui isteri hingga kantoi pada petang sama. Sedangkan Afifah terus berdolak-dalih hingga membabitkan seorang lagi pelakon iaitu Allana Amir yang kononnya akan turut bersama kami di pusat hiburan itu.

Mengulas mengenai rakaman perbualan antara aktres Anzalna Nasir dengan kru produksi yang mendedahkan bukti Afifah diarah untuk "mengumpan" Aliff agar ke set penggambaran, Aliff menganggap ia barangkali hanyalah lakonan semata-mata kerana Afifah sendiri tidak berani mendedahkan kepada umum.

Saya fikir siapa saja boleh ‘berlakon’ menjadi pekerja produksi itu hingga rakaman diperdengarkan kepada wartawan tetapi tidak boleh dirakam semula oleh media atas alasan bimbang kenyataan disalah guna dan menjejaskan reputasi. Kalau rasa betul kenapa tak didedahkan saja identiti individu yang dimaksudkan.

Merasa tercabar apabila Afifah menggunakan medium perundangan untuk membela diri, Aliff juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sama. 

susulan kenyataan sidang media afifah nasir ini kenyataan balas aliff aziz 4

Kredit foto: star2.com

Afifah juga ada bangkitkan soal perundangan dan dia ada bukti yang kukuh jika apa-apa terjadi. Saya juga boleh berbuat demikian kerana sudah berunding soal itu.

Dalam pada itu, Aliff mempunyai teorinya yang tersendiri tentang penglibatan pelakon Allana Amir yang kini berada di pihak Afifah.

Apa masalah Allana sebenarnya? Bukan dia ada setiap hari di set penggambaran pun. Apa yang dia cuba lakukan saya kurang pasti atau mungkin cuba mengambil kesempatan untuk jadi popular dengan kontroversi ini.

Sumber berita: BH Online 




Hakcipta iluminasi.com (2017)