Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

giliran mira filzah pula buka mulut perangai aliff aziz di set penggambaran 1

Kredit foto: Youtube Denaihati & BH Online

Antara selebriti wanita yang pastinya menjadi tumpuan ramai selepas kontroversi yang melanda penyanyi Aliff Aziz baru-baru ini adalah aktres Mira Filzah kerana beliau bakal digandingkan bersama Aliff dalam drama terbaru Meh Sandar Padaku 2.

Ketika ditanyakan pendapatnya tentang sifat aktor itu di lokasi penggambaran, Mira menafikan Aliff sebagai seorang pelakon yang bermasalah.

giliran mira filzah pula buka mulut perangai aliff aziz di set penggambaran 2

Kredit foto: femagonline.com

Saya tiada masalah jika kami akan terus digandingkan. Ketika pengambaran musim pertama drama itu, kami begitu seronok di lokasi penggambaran. Saya juga selesa dengan isteri Aliff, yang turut menemaninya di lokasi. Mungkin kerana tempoh penggambaran agak panjang iaitu lebih empat bulan, jadi hubungan kami agak rapat. Disebabkan itu saya tidak kisah digandingkan lagi kerana tidak mempunyai masalah dengan Aliff.

Sumber: BH Plus

Tambah Mira, Aliff telah memberikan kerjasama yang baik sepanjang penggambaran drama terdahulu berlangsung. Malah Aliff juga rajin memberikan tunjuk ajar kepadanya hingga membuatkan Mira tidak serik untuk kembali bergandingan meskipun selepas kontroversi hangat yang melanda. 


tags : , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)