Oleh pada 05 Aug 2017 kategori

hebat aliff aziz ni kenyataan abby abadi isu perkahwinan aliff aziz 1

Kredit foto: kualalumpurpost.net & Instagram Abby Abadi

Susulan kes pergolakan rumah tangga penyanyi Aliff Aziz, aktres Abby Abadi tidak ketinggalan untuk turut sama menyuarakan pandangannya.

Dalam kenyataan yang dibuat menerusi laman Instagram, Abby melahirkan rasa kagum dengan Aliff yang disifatkannya sebagai seorang lelaki yang berani dan jujur. 

hebat aliff aziz ni kenyataan abby abadi isu perkahwinan aliff aziz 2

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Hebat lelaki ini. Dia bersalah dan dia mengaku kesalahan dia. Dia tak mereka-reka cerita untuk selamatkan diri. Tahniah Aliff Aziz.

Sumber: Instagram Abby Abadi

Di kesempatan itu, Abby sempat menitipkan pesanan buat penyanyi muda itu agar mengambil hikmah dan pelajaran di sebalik dugaan yang diterimanya.

hebat aliff aziz ni kenyataan abby abadi isu perkahwinan aliff aziz 3

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

Semua manusia melakukan kesilapan, Cuma awak ‘bernasib baik’ sebab ALLAH sedarkan awak cepat berbanding yang lain. Muhasabah diri ya. ALLAH uji sebab ALLAH sayang. Semoga menjadi pedoman untuk menjadikan awak seorang lelaki yang lebih baik lagi untuk hari-hari seterusnya. Ya adik ya. Dan semoga menjadi pedoman juga kepada kita semua baik lelaki, baik perempuan, baik suami atau isteri orang, tua, muda, miskin, kaya. Selagi bergelar manusia sama-sama perbaiki apa yang kurang. Selagi ALLAH izinkan dan beri peluang. Kepada Aliff, kirim salam pada isteri dan keluarga. Jaga hak ALLAH, ALLAH akan jaga kita. Yakin.

Sumber: Instagram Abby Abadi

Kapsyen tersebut turut disertakan dengan tiga hashtag iaitu "dua-duapun salah", "minta maaf saja" dan "jangan pusing keliling." 


tags : , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)