Oleh pada 08 Aug 2017 kategori

kenyataan penuh sidang media afifah nasir dedah arahan produksi drama dan perangai sebenar aliff aziz 1

Kredit foto: BH Online

Sekian lama netizen menantikan kenyataan daripada aktres Afifah Nasir perihal isu perkahwinan yang melanda penyanyi Aliff Aziz, akhirnya segala persoalan dirungkaikan dalam sebuah majlis sidang media yang berlangsung semalam.

Afifah hadir bersama teman lelakinya, Wan Ariff dan rakan pelakon, Allana Amir memberi penjelasan kepada pihak pemberita di pejabat peguamnya di Ruben & Co Advocates & Solicitors.

Afifah dalam kenyataannya mengakui kesalahan yang dilakukan terhadap isteri Aliff, Bella Astillah kerana merelakan tangannya dipegang penyanyi itu ketika kejadian yang berlaku di pusat karaoke di Cheras. Dengan itu, Afifah melahirkan kenyataan maaf kerana menyedari telah mengguris hati Bella.

kenyataan penuh sidang media afifah nasir dedah arahan produksi drama dan perangai sebenar aliff aziz 2

Kredit foto: BH Online

Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Sejujurnya, saya tiada hati terhadap Aliff. Saya juga faham perasaan Bella sebagai isteri dan ibu yang baru melahirkan anak. Saya tidak pernah menyalahkannya. Silap saya hanya kerana membiarkan tangan saya dipegang Aliff di premis karaoke itu. Saya tidak salahkan Bella dalam hal ini kerana sebagai wanita sudah tentu dia marah. Saya minta maaf dan bersetuju untuk tidak mendekati keluarganya. 

Sumber: BH Online

Pada kesempatan itu, Afifah mengambil peluang untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku di set penggambaran drama "Izinkan Aku Mencintaimu". Pendedahan yang dibuat Afifah ini menjadi penyebab mengapa dia berbaik dengan Aliff sehingga kemesraan mereka disalahtafsirkan.

Kata Afifah, segalanya berpunca daripada masalah disiplin Aliff hingga pihak produksi mengarahkannya untuk menjadi "umpan" supaya Aliff lebih bersemangat menghabiskan kerja-kerja penggambaran.

Saya terkilan dan berasa dianiaya kerana mengikut arahan produksi yang mahukan saya melayan kerenah Aliff serta menjaga perasaannya hanya kerana mahu penggambaran berjalan lancar. Semuanya kerana Aliff tidak datang ke lokasi penggambaran selama lapan hari, selain lambat hadir ke set selepas hari raya lalu. Justeru, pihak produksi mencadangkan saya memujuk Aliff supaya dapat memberi kerjasama melunaskan baki penggambaran. Ikut jadual, penggambaran sepatutnya diadakan selama sebulan tetapi dengan masalah disiplin Aliff, ia berlarutan menjadi lebih dua bulan. Bagaimanapun saya tidak mahu kerana ingin pulang ke rumah sendiri. Kenapa Aliff yang datang lambat dan menimbulkan masalah hingga pelakon lain terpaksa menunggu pula perlu tinggal di inap desa? Saya menangis setiap malam bukan kerana dikecam netizen, tetapi disebabkan berasa terlalu bodoh mengikut cakap produksi.

Sumber: BH Online

Afifah turut menjelaskan dengan panjang lebar punca dia bertindak menutup mulut dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkan kenyataan. 

kenyataan penuh sidang media afifah nasir dedah arahan produksi drama dan perangai sebenar aliff aziz 3 842

Kredit foto: BH Online

Di sini Fifa nak maklumkan tak pernah keluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu ini sebelum ini. Fifa dinasihatkan mendiamkan diri untuk tidak mengeruhkan keadaan. Jadi Fifa tetap mendiamkan diri walaupun orang melemparkan tuduhan dan cacian. Bagi Fifa, Fifa tahu apa yang Fifa buat jadi tak guna melenting. Fifa tak membuat kenyatan menggunakan sesiapa kerana orang luar tak tahu keadaan sebenar, dan Fifa tak nak mengaitkan sesiapa. Fifa tak nak mengeruhkan keadaan. Lepas dengar kenyataan pihak sana, senang kata, saya tak nak bergaduh. Dia kata dah keluarkan segala kenyataan, tapi orang ramai hanya tahu satu cerita iaitu dari pihak sana. Saya nak ceritakan keadaan sebenar upaya orang tahu situasi sebenar. Saya tak nak salahkan sesiapa, dan saya dah minta maaf kesalahan saya. Saya telah melantik seorang peguam kerana saya tidak takut kenyataan pihak sana. Unsur fitnah dari pihak sana memang wujud, bagaimanapun, saya tidak akan menyaman pihak sana untuk tidak mengeruhkan keadaan. Nama saya dah busuk, semua orang dah maki hamun saya, dan sebagai manusia, sedikit sebanyak saya rasa terkesan tetapi saya cuba bertahan.

Sumber: Facebook Harian Metro

Difahamkan, rakaman ulasan Afifah kepada pemberita yang hadir perihal kejadian yang berlaku di bilik karaoke tersebut tidak dapat didedahkan kepada umum atas alasan enggan membesarkan lagi isu berkenaan. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)