Oleh pada 02 Aug 2017 kategori

selepas gelar bella meroyan ini lagi kenyataan terbaru anzalna nasir 1

Kredit foto: explorasa.cari.com.my & Instagram Bella Astillah

Sebelum ini kita digemparkan dengan komen "meroyan" yang dikeluarkan oleh aktres Anzalna Nasir kepada isteri penyanyi Aliff Aziz, Bella Astillah.

Susulan sindiran pedas itu, rata-rata netizen mengamuk dan bertindak menyerang Instagram Anzalna kerana komen tersebut dianggap ramai sebagai kurang ajar dan tidak sensitif dengan isu yang melanda perkahwinan Bella.

Dan yang terkini, Anzalna telah tampil dengan permohonan maaf kepada semua pihak yang berkecil hari dengan kenyataannya.

Menurut Anzalna, keadaan emosinya pada ketika itu berada dalam keadaan tidak stabil apabila turut sama terpalit dengan kontroversi yang melanda adiknya, aktres Afifah Nasir.

selepas gelar bella meroyan ini lagi kenyataan terbaru anzalna nasir 2

Kredit foto: The Star

Ramai netizen datang menghamburkan kata-kata yang kurang elok dan biadap di ruangan komen saya. Sebagai seorang manusia biasa, siapa yang gembira apabila membaca banyak komen negatif yang datang bertubi-tubi? Perkara itu menjadi satu provokasi dan menimbulkan kemarahan. Apabila dalam kemarahan, ayat yang tidak sepatutnya akan keluar dari mulut kita. Saya dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf atas keterlanjuran kata kepada semua pihak, termasuk pihak sana.

Sumber: Astro Gempak

Mengulas mengenai akaun Instagramnya yang kini diletakkan dalam mod privasi, Anzalna menafikan dakwaan kononnya dia berasa terancam, sebaliknya niatnya hanyalah untuk tidak sama terlibat dengan kontroversi tersebut. 

selepas gelar bella meroyan ini lagi kenyataan terbaru anzalna nasir 3

Kredit foto: Rotikaya

Saya tak takut, tetapi saya enggan mengeruhkan lagi keadaan. Saya rasakan tindakan untuk meletakkan akaun Instagram dalam mod private buat masa ini adalah tindakan terbaik dan saya sendiri tidak perlu melibatkan diri dalam perkara ini. Apa yang boleh saya katakan, saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Sejujurnya, saya sendiri rasa gembira melihat Aliff Aziz dan Bella Astillah masih bersama. Berkenaan dengan kejadian tersebut, saya harap semua pihak boleh menantikan sendiri kenyataan dari adik saya

Sumber: Astro Gempak 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)