Oleh pada 16 Aug 2017 kategori

sekian lama menyepi ini kenyataan pertama kali afifah nasir di media sosial 1

Kredit foto: Mstar

Sekian lama menyepikan diri daripada memuatkan sebarang kiriman di media sosial, akhirnya aktres Afifah Nasir tampil dengan sebuah kenyataan terbaru di akaun Instagram.

Lebih menarik, Afifah turut membuka ruangan komen di laman sosial itu selepas beberapa minggu ditutup - sejak isu yang berlaku baru-baru ini.

Dalam kiriman terbaru tersebut, Afifah meluahkan rasa bersalah kerana kontroversi yang lalu telah membabitkan nama keluarga dan teman lelaki, Wan Ariff secara tidak langsung. 

sekian lama menyepi ini kenyataan pertama kali afifah nasir di media sosial 2

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Kepada keluarga saya, saya tahu masalah yang saya timbulkan ini telah memberi kesan kepada kamu semua. Tak ada niatpun saya nak menyakiti hati kamu semua. Segala kata cacian yang dilemparkan, saya terima seadanya atas kesilapan yang saya dah buat sama ada niat saya betul ataupun salah. Kebenarannya hanya Allah sahaja yang tahu. Hidup tak perlu puaskan hati sesiapa. Hubungan dengan Tuhan itu yang paling penting. Masing-masing ada hak untuk bersuara dan menilai. Biarlah apa orang nak kata. Yang penting, Allah tahu niat kita macam mana. Setiap apa yang jadi pasti ada hikmahnya. Minta jasa baik semua sebagai manusia yang mempunyai hati dan perasaan. Tolong lepaskan kemarahan anda semua pada saya, bukan pada keluarga saya, juga tidak kepada teman lelaki saya sebab saya percaya mereka tidak bersalah. Seperti yang semua nak, ruang komen dibuka untuk semua.

Demikian kata Afifah yang seterusnya disambut dengan lebih seribu komen netizen dalam masa yang singkat. Tidak ketinggalan memberi respon adalah kakak kepada Afifah sendiri iaitu aktres Anzalna Nasir. 

sekian lama menyepi ini kenyataan pertama kali afifah nasir di media sosial 3

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir & beautifulnara.com

Meskipun rata-rata netizen memberikan kecaman hebat dalam ruangan komen itu, namun apa yang lebih penting Afifah telahpun melaksanakan apa yang patut dia lakukan iaitu meminta maaf kepada mereka yang terluka dek kerana kontroversinya. Pandang ke hadapan dan diharapkan Afifah tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama. 


tags : , , , , , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)