Oleh pada 01 Aug 2017 kategori

Kredit foto: BH Online

Semalam penyanyi Aliff Aziz telah mengadakan sebuah sidang media susulan isu kemelut rumah tangganya yang menggemparkan dunia hiburan baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut, Aliff yang hadir bersama isterinya, Bella Astillah membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan.

Sebagai manusia biasa saya tidak lepas daripada buat kesilapan dan saya akui melakukan perkara itu atas sebab-sebab yang tidak dapat saya jelaskan. Apa yang saya boleh katakan, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Perkara sebenarnya hanya saya dan dia (Afifah) sahaja yang tahu. Saya juga meminta maaf kepada semua pihak yang terkena tempias dengan kejadian ini dan meminta agar tidak memanjangkan isu ini lagi.

Bagaimanapun Aliff berharap aktres Afifah Nasir turut bersifat jujur dengan memberikan kerjasama dan tidak memanjangkan lagi hal berkenaan. 

kenyataan penuh sidang media aliff aziz dan bella astillah dedah kisah sebenar kemelut rumah tangga 2

Kredit foto: Astro Gempak

Saya harap pihak Afifah tidak berdolak-dalik dan berfikiran sama untuk mengaku bersalah. Pada saya dia tidak perlu untuk menegakkan benang yang basah. Kalau niatnya mahu menjaga reputasi, ia sudah pun berakhir.

Dalam pada itu, Aliff juga menafikan dakwaan dirinya memukul Bella kerana kecederaan yang dialami Bella pada hari kejadian adalah disebabkan pergelutan dan ianya berlaku tanpa sengaja.

Dakwaan saya pukul isteri seperti yang ditulis di akhbar sangat berat buat saya. Saya tidak pukul Bella, malah kenyataannya di dalam laporan itu hanyalah mengasari tanpa sengaja. Saya bukan jenis manusia kaki pukul dan tidak pernah sekalipun memukul siapa-siapa dengan sengaja.

Menyingkap kehidupannya ketika berada dalam tahanan lokap, Aliff mengakui pengalaman tersebut memberikannya kesedaran untuk bermuhasabah diri.

kenyataan penuh sidang media aliff aziz dan bella astillah dedah kisah sebenar kemelut rumah tangga 3

Kredit foto: Instagram Aliff Aziz

Dua hari di dalam lokap memberi pengajaran bermakna buat saya tentang erti kebebasan. Saya bersyukur isteri juga telah menarik laporan itu dan memberi peluang kedua kepada saya.

Tidak ketinggalan Bella turut sama tampil memberikan kenyataan. Dalam pendedahan kejadian yang berlaku di bilik karaoke tersebut, Bella memberitahu kehadirannya ke tempat kejadian bukanlah dengan niat untuk menyerang sebaliknya berbincang secara baik dengan suaminya.

Namun permintaan Bella agar Afifah meninggalkan bilik karaoke tersebut tidak dilayani oleh aktres itu. Afifah kekal bersama mereka sehingga situasi menjadi tegang dan pergelutan berlaku.

kenyataan penuh sidang media aliff aziz dan bella astillah dedah kisah sebenar kemelut rumah tangga 4

Kredit foto: Instagram Afifah Nasir

Saya datang ke pusat karaoke itu dengan hasrat untuk berbincang secara baik dengan suami saya. Saya minta dia (Afifah) keluar sebentar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada kami. Tapi dia tidak peduli dan tetap berada di situ sehingga keadaan tidak terkawal dan berlaku kejadian tidak diingini. Sama ada saya maafkan dia atau tidak, itu biarlah masa yang menentukannya kerana buat masa ini hati saya sangat terluka. Kalau boleh biar benda ini senyap sahaja selepas ini. Saya juga harap pihak-pihak tersebut menjauhkan diri daripada saya dan keluarga.

Mengulas kenyataan "meroyan" yang dikeluarkan oleh kakak kepada Afifah iaitu aktres Anzalna Nasir, Bella akui hatinya terguris dan terkesan dengan tuduhan yang dibuat.

Apa yang di cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa. Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk.

Pasangan Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada September tahun lalu dan sehingga kini mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean. 

Sumber berita: Mstar




Hakcipta iluminasi.com (2017)