Oleh pada 10 Aug 2017 kategori

Kredit foto: mohdrohaizad.com & akavideos.com

Beberapa hari lalu, sutradara Michael Ang telah memuat naik sebuah video parodi di laman Instagramnya. 

Dalam video yang turut disertai pelakon Sharifah Sakinah itu memaparkan Michael mengajuk semula situasi yang melanda aktres Afifah Nasir yang mendakwa dirinya menjadi mangsa "pak turut" pihak produksi.

Selepas video itu dimuat naik, Sakinah melahirkan rasa terkejut dengan keterbukaan Michael berkongsi video mereka kepada umum.

"Bodohlah Mike (Michael). Kau muat naik buat apa?" sergah Sakinah di ruangan komen.

Terkini, kakak kepada Afifah iaitu Anzalna Nasir pula tampil memberikan respon.

Menurut Anzalna, dia memahami tindakan Michael dan Sakinah yang hanya bergurau.

Michael seterusnya muncul di ruangan komen menyatakan kepada Sakinah tentang niatnya yang hanya ingin mendedahkan kebenaran.

Lantas sekali lagi Anzalna tampil, kali ini dia menyuarakan sokongan kepada Michael yang ternyata sekali berpihak kepada adiknya, Afifah. 

michael ang muat naik video parodi afifah nasir ini respon balas anzalna nasir 2

Kredit foto: Instagram Michael Ang & Berita Memey

Video itu sehingga kini telah ditonton lebih 100 ribu kali. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)