Oleh pada 03 Aug 2017 kategori

anzalna nasir mohon maaf ini kenyataan balas bella astillah 1 182

Kredit foto: forum.lowyat.net & Instagram Bella Astillah

Nampaknya kehangatan kisah pergolakan rumah tangga Aliff Aziz sudah semakin reda apabila beberapa pihak yang terbabit mula tampil membuat kenyataan maaf.

Bermula dengan Aliff dalam sebuah sidang media yang diadakannya Isnin lalu, diikuti pula kakak kepada Afifah Nasir iaitu aktres Anzalna Nasir.

Susulan permohonan maaf yang dikeluarkan Anzalna, isteri Aliff iaitu Bella Astillah tanpa berlengah panjang mengeluarkan kenyataannya yang memaafkan aktres itu.

Malah Bella terharu kerana Anzalna sudi memohon maaf di hadapan umum tanpa rasa malu serta merendahkan egonya.

anzalna nasir mohon maaf ini kenyataan balas bella astillah 2

Kredit foto: Instagram Bella Astillah

Bila orang sudah minta maaf kita harus memaafkan mereka. Dia buat secara terbuka lagi dan saya sangat berbesar hati untuk menerima permohonan maafnya. Mungkin selepas ini Anzalna perlu mengetahui keadaan sebenar sebelum boleh mengeluarkan apa-apa komen. Sepatutnya dia tidak terlibat tetapi mahu buat macam mana.

Sumber: Utusan Online

Sehingga kini, nama Afifah masih diseru netizen untuk tampil membuat kenyataan. Ke mana perginya Afifah? Sama-sama kita nantikan kehadirannya. 


tags : , , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)