Oleh pada 30 Jul 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Bella Astillah & engkumuzahadin.blogspot.my

Sebelum ini pelakon Afifah Nasir cuba mempertahankan dirinya dengan memberitahu pihak media bahawa pertemuannya bersama penyanyi Aliff Aziz di sebuah pusat karaoke di Cheras adalah atas urusan kerja.

Afifah mendakwa kenyataan yang dikeluarkan isteri Aliff, Bella Astillah sebagai tidak benar.

Namun ternyata tiada apa lagi yang dapat disembunyikan apabila dua video pendek menjadi bukti kepada hubungan Aliff dan Afifah.

Video pertama memaparkan rakaman CCTV mereka berpegangan tangan di kelab karaoke tersebut. Manakala sebuah lagi video adalah rakaman daripada telefon bimbit Bella Astillah yang tidak sempat dihapuskan Aliff.

Jom tonton video tersebut yang kini sudahpun menjadi tular di laman sosial.

Kredit video: Youtube Berita Sabah 




Hakcipta iluminasi.com (2017)