Sebelum ini, kami pernah menulis mengenai Projek Iceworm, satu projek rahsia Amerika Syarikat yang melibatkan pembinaan pangkalan rahsia mereka di kawasan Greenland yang merupakan sebahagian daripada kawasan Artik. Pangkalan rahsia ini dibina dalam usaha Amerika Syarikat mewujudkan kawasan khas untuk ujian senjata nuklear mereka. 

Pada masa kini, kawasan dataran dan lautan Artik serta wilayah ekonominya terletak di bawah kekuasaan 8 buah negara berdekatan iaitu Kanada, Norway, Russia, Denmark, Iceland, Sweden, Finland dan Amerika Syarikat.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebagai kawasan dataran yang luas, kawasan Artik sememangnya penuh dengan misteri. Malah dikatakan bahawa kawasan ini masih belum diteroka sepenuhnya. Menariknya, pada tahun 2016, pihak saintis Russia telah menemui sebuah pangkalan rahsia yang dipercayai milik tentera Nazi dibawah pimpinan Adolf Hitler.

Penemuan pangkalan rahsia Schatzgräber

pangkalan rahsia nazi jerman

Pangkalan rahsia yang dikenali sebagai Schatzgräber ini telah dibangunkan ketika zaman Perang Dunia Kedua dan hanya diketahui umum sebagai pusat kawalan kaji cuaca. Ianya terletak di sebuah kawasan terpencil di Artik, kira-kira 960km daripada Kutub Utara.

Hitler dikatakan telah mengarahkan pembinaan pangkalan rahsia ini pada tahun 1943 tetapi tiada siapa yang mempunyai bukti tentang kewujudan pangkalan ini. Untuk berpuluh tahun lamanya, ramai pihak yang menganggap bahawa kewujudan pangkalan ini sebagai mitos ketika zaman perang semata-mata sehinggalah pihak Russia menemuinya pada hujung 2016.

lokasi pangkalan rahsia nazi

Kawasan ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik sebagai pusat kawalan kaji cuaca. Data yang diperolehi daripada kawasan ini sangat penting untuk penyusunan logistik ketenteraan tentera Nazi sewaktu zaman perang.

Selain itu, lokasi ini menjadi pilihan kerana kawasan-kawasan strategik yang lain berada di bawah kekuasaan tentara Perikatan pada ketika itu. Walaupun hanya diwar-warkan sebagai pusat kaji cuaca, pangkalan ini dipercayai menjadi pangkalan bagi kapal selam Nazi yang diberi nama U-Boat.

Berikut merupakan video ringkas dokumentari tentang penemuan kawasan ini:

Pengosongan pangkalan rahsia ini

penemuan dokumen rahsia

Pangkalan ini sempat beroperasi selama beberapa tahun sebelum tentera Nazi terpaksa mengosongkan kawasan ini setelah mereka diserang penyakit pelik setelah memakan daging beruang kutub. Kesemua mereka telah dibawa pulang ke Jerman dengan menaiki U-Boat,

Walaupun tiada siapa yang pasti apa sebenarnya dilakukan tentera Nazi di pangkalan rahsia ini, penemuan beberapa dokumen rahsia di kawasan ini oleh pihak Russia mungkin sedikit sebanyak memberi petunjuk kepada mereka. Walau bagaimanapun, tiada sebarang informasi yang dikongsi oleh pihak Russia pada masa kini.

kelongsong peluru

Dalam kajian yang dibuat, pihak Russia juga menemui kira-kira 500 barangan tinggalan tentera Nazi seperti kolongsong peluru, tong minyak, dan beberapa barang lain yang dipercayai milik Nazi berdasarkan penemuan lambang Swastika di kawasan tersebut. Pihak Russia dikatakan sedang menjalankan kajian terperinci mengenainya dan merancang untuk meletakkan barang-barang tersebut sebagai bahan pameran.

Kawasan pangkalan rahsia ini kini terletak di kawasan Alexandra Land yang merupakan sebahagian daripada wilayah negara Russia pada masa kini. Malah, pihak Russia dikatakan turut sama merancang untuk mewujudkan pangkalan tentera mereka disini kerana lokasinya yang strategik.

Kredit:

  1. The Independent
  2. News Australia
  3. Science Alert



Hakcipta iluminasi.com (2017)