Siapa cakap diktator bermuka bengis macam Adolf Hitler tak pandai bergembira dan berhibur? Di antara tahun 1936 hingga 1939, sebuah pusat peranginan terbesar di dunia telah dibina oleh Nazi Jerman yang diberi nama Prora, atau nama lainnya, Hotel Hitler.

Hotel Prora dibina di atas teluk di Rugen, di antara wilayah Binz dan Sassnitz, Jerman. Hotel ini terdiri daripada 8 buah blok yang mempunyai jarak 4.5 kilometer, 150 meter dari pantai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Impian Hitler wujudkan lokasi percutian

idea hitler membina hotel untuk penyokongnya

Kem ini dibayangkan untuk menjadi seperti Butlin, sebuah kem percutian British. Ia dihasilkan sebagai sebahagian daripada program "Strength Through Joy" yang bertujuan menyediakan lokasi dan aktiviti percutian masa lapang di tepi pantai yang mampu bagi pekerja Jerman serta menyebarkan propaganda Nazi. 

Namun, setelah hampir 80 tahun dibina, tiada seorang pun yang pernah mendiami di hotel paling besar di dunia ini. Dan sehingga kini bangunan-bangunan hotel ini masih utuh berdiri di pantai ini.

hotel prora mempunyai 10 000 buah bilik mampu memuatkan 20 000 tetamu

prora resort pusat peranginan terbesar di dunia 4

Hotel ini direka bentuk oleh Clement Klotz yang memenangi pertandingan yang diselia oleh ketua arkitek Adolf Hitler sendiri iaitu Albert Speer. Cita-cita Adolf Hitler terhadap hotel ini sangat lah tinggi. Beliau mahu ia menjadi sebuah resort tepi laut yang sangat besar, malah menjadi yang terbesar di dunia.

Ia direka bentuk dengan 10,000 buah bilik dan setiap bilik memuatkan 2 buah katil, supaya mampu menampung 20,000 tetamu dalam satu-satu masa.

Mahu dijadikan hospital tentera ketika perang

prora resort pusat peranginan terbesar di dunia 2

Setiap bilik direka menghala ke laut manakala koridor pula menghala ke arah bertentangan. Setiap bilik berkeluasan 131 kaki persegi dilengkapi dengan dua buah katil, sebuah almari dan sebuah sink. Terdapat tandas, bilik air dan bilik mandi awam di setiap tingkat.

Hitler juga dalam masa yang sama mahukan hotel ini boleh diubah menjadi hospital tentera jika berlaku peperangan. Selain itu, pelan untuk membina tapak pesta hiburan yang mampu menampung 20,000 orang juga dimasukkan oleh Hitler termasuklah kolam renang berombak, panggung wayang dan teater.

hitler ketika perang dunia kedua 498

Reka bentuk ini telah memenangi anugerah Grand Prix di Ekspo Dunia 1937 di Paris, Perancis.

Usaha tergendala disebabkan Perang Dunia Kedua

Walau bagaimanapun, pada tahun 1939, impian Hitler untuk merealisasikan pakej percutian kepada penyokong-penyokongnya ini terpaksa dihentikan apabila beliau menyerang Poland yang telah mencetuskan Perang Dunia Kedua.

keadaan dalaman hotel hitler

keadaan dalam di hotel prora

Segala kerja-kerja berkenaan resort ini telah terbengkalai kerana telah fokus ketika itu adalah kepada perang. Setelah Perang Dunia Kedua tamat, wilayah terletaknya resort ini telah jatuh ke tangan Kesatuan Soviet.

Pihak Kesatuan Soviet berniat untuk meletupkan kawasan peranginan ini, namun disebabkan ianya terlalu besar dan luar, mereka tidak mempunyai bom dinamit yang cukup.

keadaan dalam di hotel prora 3

Hotel ini sebaliknya dijadikan pangkalan kereta kebal dan artileri bagi Jerman Timur.

Bertukar menjadi apartment mewah

Kini satu daripada 8 blok kompleks peranginan ini telah diubahsuai menjadi apartment mewah oleh pemaju Prora Solitaire. Menurut pelan, 3 blok lagi bakal diubahsuai untuk tujuan sama.

keadaan hotel prora pada hari ini

hotel prora pada hari ini

Rujukan:

1. Mirror

2. Business Insider




Hakcipta iluminasi.com (2017)