Oleh pada 08 Jun 2017 kategori

adolf hitler 1kq20

Adolf Hitler. Jika anda mendengar nama ini pastinya berlegar di minda anda mengenai individu yang mempunyai misai kontot sambil melakukan tabik nazi serta lambang swastika. Ya, beliau adalah pemimpin Nazi Jerman yang bertanggungjawab tercetusnya Perang Dunia Kedua yang berlangsung selama 6 tahun 1 hari dari 1 September 1939 sehingga 2 September 1945.

Peperangan ketenteraan terbesar dunia setakat ini itu melibatkan pertempuran antara pakatan Allied iaitu Soviet Union, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Republik Cina menentang pakatan Axis iaitu Nazi Jerman, Italy dan Empayar Jepun. Perang ini juga melibatkan jumlah keseluruhan 30 negara dan dianggarkan 100 juta orang terlibat.

Namun, beliau bukanlah dilahirkan sebagai seorang yang zalim sebaliknya beliau sendiri yang memilih jalan itu.

Kelahiran dan zaman kanak-kanak

adolf hitler semasa kecil

Diktator Jerman ini lahir pada 20 April 1889 di sebuah perkampungan kecil di Austria yang dipanggil Braunau, berdekatan sempadan Jerman. Adolf Hitler merupakan anak kepada seorang pegawai kastam, Alois Hitler dan ibunya Kara Polzl, merupakan anak ke-4 daripada 6 orang adik beradik. Sifat bapanya yang panas baran, terlalu tegas dan ganas membuatkan beliau kerap menjadi mangsa dan kemudiannya beliau lebih kerap menyendiri serta menjadi pendiam selepas kematian adiknya, Edmund. 

Beliau merupakan seorang pelajar yang agak aktif di sekolah serta sangat berbakat dalam bidang seni. Minatnya terhadap seni dan cita-citanya untuk menjadi pelukis menambahkan lagi kemarahan bapanya yang menentang impiannya itu kerana Alois mahukan anaknya itu menyertai perkhidmatan awam. Selepas kematian Alois Hitler pada 1903, ibunya membenarkan Adolf untuk berhenti sekolah namun ibunya meninggal 4 tahun selepas itu. Beliau kemudiannya membawa diri ke Vienna di mana beliau bekerja sebagai buruh kasual dan pelukis. Salah satu daripada lukisan beliau:

karya adolf hitler

Beliau kemudiannya memohon masuk ke Vienna Academy of Fine Arts sebanyak dua kali untuk mengejar cita-citanya sebagai seorang pelukis namun permohonannya ditolak. Oleh disebabkan kesempitan wang, beliau terpaksa tinggal di rumah gelandangan. Di sinilah perasaan anti-semitisma (perasaan permusuhan atau prejudis terhadap orang Yahudi) dalam dirinya mula tertanam disebabkan pengaruh politik anti-semitik oleh datuk bandar Vienna ketika itu, Karl Lueger.

yahudi

Beliau juga percaya bahawa profesor yang menolak karya seninya adalah seorang Yahudi dan doktor yang bertanggungjawab ke atas kematian ibunya juga merupakan seorang Yahudi. Kebenciannya semakin kuat apabila beliau berasa bahawa kerjanya sebagai pembersih salji jalanan di bandar cantik di Vienna itu hanya didiami oleh orang Yahudi. Pada tahun 1910, kebencian terhadap Yahudi telah tersemat di hatinya dengan mendalam dan telah mencorakkan diri dan ideologinya serta keinginannya untuk menyatukan Jerman dan Austria.

Ke arah menyertai pasukan ketenteraan

adolf hitler 1kq82

Keinginannya untuk keluar dari hidup sengsara yang dilaluinya di Vienna telah mendorong beliau untuk memohon menyertai Tentera Austria pada February 1914, namun disebabkan oleh faktor kesihatan dan tubuh badan akibat pemakanan yang teruk serta tidur yang tidak menentu, beliau gagal. Rekod kesihatannya menunjukkan beliau terlalu lemah untuk mengangkat dan membawa senjata. Namun, pada Ogos 1914, Adolf Hitler menyeberangi sempadan Jerman dan memohon untuk menyertai ketenteraan Jerman. Nasib menyebelahi dirinya kali ini apabila permohonannya diterima walaupun beliau masih warganegara Austria. Ketika itu, Perang Dunia Pertama baru sahaja diisytiharkan.

adolf hitler 1kq89

Dalam Perang Dunia Pertama ini, beliau menyertai beberapa pertempuran penting dan tercedera dalam Perang Somme. Beliau dianugerahkan Iron Cross First Class dan Black Wound Badge di atas keberanian yang ditunjukkan. Sebulan sebelum tamatnya perang, ketika Hitler tercedera pada bahagian mata akibat serangan gas di Ypres dan dirawat di hospital, tentera Jerman menyerah kalah. Beliau sangat terkejut dan berasa sakit hati oleh tindakan itu. Beliau sendiri mengaku menangis berjam-jam dan tidak berasa apa-apa melainkan marah dan malu. Ini menunjukkan betapa bersemangat Hitler untuk berperang.

Sekali lagi, beliau beranggapan dan percaya bahawa Yahudi bertanggungjawab atas kekalahan Jerman dan negara itu ditikam dari belakang oleh Yahudi. Selain itu, Perjanjian Versailles dianggap sebagai menjatuhkan maruah terutama sekali kerana pengunduran tentera Jerman daripada Rhineland serta syarat perjanjian itu yang mahukan Jerman bertanggungjawab atas tercetusnya perang tersebut. 

Kepimpinan parti 

german workers party

Setelah tamat perang, Adolf Hitler kemudiannya kembali ke banda Munich yang terletak di negeri terbesar di Jerman iaitu Bavaria dan meneruskan kerjanya sebagai pegawai perisikan tentera. Idea-idea anti-semitik, nasionalis dan anti-Marxist diterapkan ke dalam dirinya ketika bertugas memantau aktiviti Deutsche Arbeiterpartei (DAP) yang bermaksud Parti Pekerja Jerman. Beliau seterusnya menyertai parti tersebut pada September 1919.

swastika

Deutsche Arbeiterpartei kemudiannya menukarkan nama kepada Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei (NSDAP) atau singkatannya, Nazi, dan bendera parti ini direka sendiri oleh Hitler dengan meletakkan simbol swastika. Hasil daripada ucapan yang berbisa dan pedas daripada Hitler mengenai penentangannya terhadap Perjanjian Versailles, musuh politiknya, Marxists dan Yahudi, nama Hitler semakin meningkat naik dan menjadi semakin terkenal. Beliau kemudiannya menggantikan Anton Drexler sebagai pengerusi parti Nazi.

Hitler mengorak langkah seterusnya dengan bantuan organisasi separa tentera Sturmabteilung (SA) dengan menyerbu masuk ke sebuah mesyuarat yang sedang diadakan di Munich pada 8 November 1923. Mesyuarat itu yang juga dihadiri oleh ketua menteri Bavaria, Gustav Kahr digemparkan dengan pengumuman Hitler bahawa revolusi negara telah bermula serta mengisytiharkan pembentukan sebuah kerajaan baru. Namun, rampasan kuasa yang diberi nama "Beer Hall Putsch" itu telah gagal dan Hitler ditangkap serta dihukum 9 bulan penjara atas tuduhan khianat.

Mengorak langkah 

adolf hitler 1kq92

Selepas dibebaskan daripada penjara, suasana politik di Jerman semakin kurang agresif dan ekonomi semakin baik yang mengehadkan peluang Hitler untuk melakukan pergolakan politik. Rampasan kuasa sebelum ini yang gagal telah mengakibatkan parti Nazi dan sekutunya diharamkan di Bavaria. Hitler kemudiannya bertemu dengan perdana menteri Bavaria ketika itu iaitu Heinrich Held pada 4 January 1925 dan bersetuju untuk menghormati pihak berkuasa dan berjanji untuk mendapatkan kuasa dalam politik hanya melalui proses demokrasi. Parti Nazi kemudiannya diangkat pengharamannya 2 minggu selepas kemudian tetapi Hitler masih diharamkan untuk memberi ucapan kepada orang awam.

Namun dengan kebijaksanaan Hitler, beliau melantik Gregor dan Otto Strasser serta Joseph Goebbels bagi menguruskan serta mengembangkan parti Nazi di utara Jerman. Gregor Strasser yang pintar mengatur strategi memacu haluan parti ke arah lebih bebas serta memberi penekanan lebih kepada unsur-unsur sosialis ke dalam program parti.

Kemelesetan ekonomi dunia membantu Nazi

black tuesday

Pada 24 Oktober 1929, pasaran saham di Amerika Syarikat jatuh dengan teruk sekali (dikenali sebagai Black Tuesday) sekaligus memberikan impak yang sangat buruk kepada Jerman di mana berjuta-juta pekerja diberhentikan dan beberapa bank besar musnah. Kemelesetan ekonomi dunia yang dikenali sebagai "Great Depression" ini merupakan yang terbesar dalam abad ke-20. Pada Januari 1933, hampir 6,100,000 orang menganggur. Kegagalan ekonomi ini dilihat sebagai satu peluang kepada Hitler dan parti Nazi untuk meluaskan pengaruh mereka. 

kehilangan kerja

Ketika itu Jerman menjadi berbelah bagi dalam pemilihan berparlimen dan semakin terbuka kepada pilihan ekstremis. Pemerintahan Jerman digantikan dengan kabinet minoriti akibat perpecahan gabungan besar pada pilihanraya pada September 1930. Heinrich Bruning dari "Center Party" dilantik untuk mentadbir kerajaan melalui perintah kecemasan dari presiden Paul von Hindenburg. Cara pentadiran oleh perintah kecemasan ini menjadi kebiasaan ketika itu dan membuka jalan dalam pembentukan kerajaan autoritarian (patuh kepada kerajaan dan korbankan kebebasan peribadi). Dalam pilihanraya itu juga parti Nazi melonjak naik memenangi 18.3% undi dan 107 kerusi parlimen sekaligus menjadi parti kedua terbesar dalam parlimen Jerman.

Namun ketika dunia bergelut dengan kemelesetan ekonomi itu telah menyukarkan pentadbiran Heinrich Bruning. Pendekatan Bruning dengan berjimat cermat membawa kepada peningkatan ekonomi yang sangat kecil seterusnya menjadi kurang popular dalam parlimen dan di kalangan rakyat. 

adolf hitler 1kq12

Hitler mengambil peluang itu untuk bermanifesto dan berjanji kepada rakyat khusus pada mereka yang terjejas seperti petani, veteran perang, dan kelas tengah bahawa beliau akan menolak Perjanjian Versailles, mengukuhkan ekonomi serta menyediakan pekerjaan. Hitler kemudiannya bertanding bagi jawatan presiden menentang calon bebas iaitu Paul von Hindenburg pada 1932. Walaupun tewas kepada Paul, Hitler meraih lebih daripada 36% undi yang membuktikan kekuatan beliau dalam kancah politik Jerman. Paul von Hindenburg kemudiannnya melantik Hitler sebagai penasihat bagi menggalakkan keseimbangan politik walaupun berat hati dengan keputusan itu.

Usaha politik Hitler dalam mewujudkan pemerintahan diktator

bangunan reichstag terbakar

Jawatan sebagai penasihat itu digunakan Hitler untuk membentuk dan menghalalkan pemerintahan diktator. Insiden kebakaran bangunan parlimen Jerman iaitu Reichstag, telah menggesa pengeluaran satu perintah yang diberi nama "The Reichstag Fire Decree" yang mana perintah itu secara ringkasnya menidakkan hak asasi rakyat serta membenarkan penahanan tanpa perlu dibicara.

Sesiapa sahaja yang menentang Nazi akan dipenjarakan dan menyekat penerbitan bacaan yang dianggap tidak pro-Nazi. Hitler juga mencipta satu lagi akta diberi nama "Enabling Act" yang memberi kuasa penuh kepada kabinet untuk menggubal undang-undang bagi jangka masa 4 tahun tanpa penglibatan Reichstag (Weimar Republic - badan perundangan Jerman). Akta ini membenarkan penyelewangan dalam perlembagaan dan para sejarawan melihat ini sebagai usaha utama ke arah pembentukan negara satu parti di Jerman, iaitu Nazi.

Dengan kuasa penuh di tangan, Hitler dan sekutu politiknya melancarkan penindasan yang sistematik terhadap saki baki parti politik pembangkang yang tinggal. Parti-parti tersebut kemudiannya dibubarkan dan pada 14 Julai 1933, parti Nazi yang diterajui Adolf Hitler diisytiharkan sebagai satu-satunya parti politik yang sah di Jerman. 3 bulan kemudian, Hitler mengarahkan pengunduran Jerman daripada Liga Bangsa-Bangsa.

presiden hindenburg

Sehari sebelum pembunuhan presiden Paul von Hindenburg pada Ogos 1934, satu undang-undang telah digubal oleh kabinet yang mana jawatan presiden akan dimansuhkan dan digabungkan bersama penasihat. Ini telah mengangkat Hitler sebagai ketua kerajaan dan dinamakan sebagai pemimpin dan penasihat. Jawatannya itu juga menjadikan Hitler sebagai komander tertinggi angkatan tentera. Sumpah kesetiaan anggota perkhidmatan yang sebelum ini dilakukan terhadap komander tertinggi diubah oleh Hitler kepada sumpah setia secara peribadi ke atas namanya, Adolf Hitler.

Bermulanya pentadbiran diktator Adolf Hitler

bangunan reichstag

Pada 1938, Hitler memaksa Menteri Perang, Werner von Blomberg supaya meletakkan jawatan dengan mendedahkan bahawa isteri baru Blomberg mempunyai rekod pelacuran. Panglima tentera Kolonel General Werner von Fritsch pula digugurkan selepas Fritsch dituduh menjalani hubungan homoseksual. Kedua-dua pegawai ini disabotaj oleh Hitler kerana kegagalan mereka menurut permintaan Hitler untuk mempersiapkan Wehrmacht (angkatan tentera Jerman) untuk berperang pada 1938.

adolf hitler 1kq37

Hitler melakukan usaha untuk menghalalkan pemerintahan diktatorshipnya dengan memperbaharui perintah Reichstag Fire Decree dan juga Enablic Act sebanyak dua kali dengan 4 tahun setiap pembaharuan. Walaupun pilihanraya Reichstag masih dijalankan pada 1933, 1936 dan 1938, namun pengundi diberikan pilihan mengundi calon yang mana kebanyakannya adalah daripada parti Nazi dan juga pro-Nazi yang membawa jumlah kesuluruhan 90% daripada undian. Parti Nazi juga mengugut mereka yang berhajat untuk tidak mengundi dan juga mengundi selain daripada Nazi.

Kebencian dan penaniayaan terhadap Yahudi

adolf hitler 1kq93

Adolf Hitler dan rejim Nazi telah menggubal beratus-ratus undang-undang baru untuk menyekat dan mengasingkan orang Yahudi daripada masyarakat bermula dari 1933 sehingga tercetusnya Perang Dunia Kedua pada 1939. Setiap peringkat jawatan dalam kerajaan dilaksanakan undang-undang anti-semitik tersebut yang memberi kelebihan kepada Nazi untuk menindas Yahudi jika parti tersebut berkuasa. Pada 1 April 1933 Hitler telah melaksanakan boikot secara besaran peringkat nasional terhadap perniagaan Yahudi.

boikot yahudi

Ia kemudiannya disusuli oleh pengenalan "Undang-Undang Pemulihan Perkhidmatan Awam Profesional" iaitu undang-undang pertama yang digubal untuk menindas orang Yahudi dengan mengecualikan mereka daripada perkhidmatan awam. Ia merupakan usaha permulan Nazi untuk melaksanakan Aryan Paragraph (pengecualian orang Yahudi dan bukan-Aryan daripada organisasi, pekerjaan dan seluruh aspek kehidupan). Terma "Aryan" merupakan suatu ideologi bangsa yang kebanyakannya keturunan dari bangsa utama purba yang dianggap sebagai unggul dan hebat.

Antara penindasan lain terhadap Yahudi oleh Nazi :

  1. Mengehadkan jumlah pelajar Yahudi di sekolah dan universiti
  2. Mengehadkan jumlah pekerja Yahudi dalam bidang perubatan dan undang-undang
  3. Menarik lesen perunding cukai Yahudi
  4. Melaksanakan "Tindakan Terhadap Semangat Anti-Jerman" dengan membakar lebih daripada 25,000 buah buku yang tidak melambangkan semangan Jerman.
  5. Mengharamkan pelakon Yahudi daripada berlakon dalam filem atau teater.
  6. Memperkenalkan undang-undang Nuremberg dimana menakrifkan perkataan "Yahudi" sebagai individu yang mempunyai 3 atau 4 datuk atau nenek yang berbangsa Yahudi tidak kira sama ada individu tersebut menganggap diri mereka Yahudi atau tidak.
  7. Menetapkan "Undang-undang Perlindungan Darah dan Kehormatan Jerman" yang mana mengharamkan perkahwinan antara bukan Yahudi dan Yahudi Jerman
  8. Undang-undang Kewarganegaraan Reich yang melucutkan hak orang bukan Aryan (Yahudi atau keturunan Yahudi) daripada kelebihan warganegara Jerman
  9. Menganiayai dan menindas golongan homoseksual dengan menahan lebih kurang 100,000 orang lelaki dari 1933 hingga 1945. Sebahagian daripada mereka dihantar ke kem-kem tahanan dimana banduan homoseksual dipaksa memakai kain pink berbentuk segitiga pada baju mereka menandakan status homoseksual mereka yang dianggap oleh Nazi sebagai jenayah dan penyakit.
  10. Memecat pekerja Yahudi dan diambil alih oleh bukan Yahudi.

gay di kem tahanan

Perang terhadap bangsa Yahudi semakin hebat dilaksanakan oleh Nazi sehinggakan orang Yahudi diharamkan daripada sekolah awam, universiti, teater, acara sukan serta "kawasan Aryan". Lebih teruk lagi, orang Yahudi perlu membawa kad pengenalan dan pasport mereka dicop dengan huruf "J".

Namun peristiwa berdarah telah berlaku pada 9 dan 10 November 1938 dimana satu pembunuhan anti-Yahudi yang sangat kejam yang dikenali sebagai Kristallnacht atau "Night of Broken Glass" berlaku di Jerman, Austria dan sebahagian dari kawasan Sudetenland (diserahkan kepada Jerman dalam Perjanjian Munich). Hampir 100 orang Yahudi dibunuh, rumah-rumah ibadat dimusnahkan, dan rumah, sekolah serta perniagaan Yahudi dirosakkan oleh Nazi. Jug hampir 30,000 lelaki Yahudi ditangkap dan dihantarkan ke kem-kem tahanan yang memberikan isyarat bahawa sesuatu yang lebih dasyat akan berlaku.

Rentetan peristiwa sebelum berlakunya Perang Dunia Kedua

adolf hitler 1kq96

Pada April 1938, Adolf Hitler mengarahkan Wehrmacht (tentera Jerman) untuk bersedia menghadapi Case Green iaitu rancangan perang penaklukan terhadap Czechoslovakia namun ia tidak berlaku hasil daripada tekanan diplomatik daripada kerajaan Perancis dan British. Tujuan utama Hitler tidak meneruskan Case Green adalah kerana konfontasi terhadap British berkenaan hal Czecholovakia itu akan menyekat bekalan minyak Jerman kerana ketika itu Jerman bergantung kepada minyak eksport.

Namun pada pandangan diktator ini, kerajaan British berjaya mengaturkan keamanan dan walaupun ianya bagus untuk Jerman tetapi merupakan kekalahan diplomatik. Ini telah mendorong niat Hitler untuk mengehadkan kekuasaan British bagi memudahkan penguasaan Jerman ke bahagian timur.

Pada 1939, Adolf Hitler mengisytiharkan Britain sebagai musuh utama yang perlu ditewaskan, dalam satu perbincangan sulit. Untuk mereleasasikan impian itu, penghapusan Poland adalah satu permulaan penting. Bahagian timur tersebut akan ditawan.

Tindakan British yang memberi jaminan untuk memerdekakan Poland pada 31 Mac 1939 telah mencetuskan kemarahan Hitler yang mengugut untuk meleraikan Perjanjian Naval Anglo-Jerman jika jaminan itu diteruskan. Hasrat Hitler adalah untuk menjadikan Poland sebagai negara satelit (merdeka tetapi dikawal dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan oleh negara lain), namun ia ditolak oleh kerajaan Poland lantas beliau memutuskan untuk menakluk Poland.

adolf hitler

Pasukan tentera Jerman sekali lagi diarahkan bersiap sedia bagi menghadapi "Case White" iaitu serangan penaklukan Poland pada 25 Ogos. Hitler juga telah mengisytiharkan peleraian kedua-dua Perjanjian Naval Anglo-Jerman dan juga Pakatan Larangan Pencerobohan Jerman-Poland.

Ketergesaan Hitler dalam hal peperangan ini dikatakan adalah disebabkan kerisauan beliau jika mati muda, menurut para sejarawan. Beliau dikatakan selalu mengulangi bahawa beliau perlu mengetuai Jerman dalam peperangan sebelum beliau tua kerana tiada pengganti sepertinya.

Perang Dunia Kedua meletus

tabik nazi

Niat untuk menyerang Poland diselaputi kebimbangan Hitler jika ianya akan menjadi penyebab tercetusnya pula perang dengan Britain. Namun menteri luar dan duta ke London, Joachim von Ribbentrop meyakinkan Hitler bahawa Britain dan Perancis tidak akan mempedulikan Poland jika diserang. Yakin dengan kenyataan itu, pada 22 Ogos 1939, Hitler telah mengarahkan tenteranya untuk menyerang Poland.

Malangnya, sangkaan Ribbentrop meleset apabila British memeterai pakatan Anglo-Polish 3 hari selepas arahan serangan itu. Serangan ke atas Poland itu ditunda akibat presiden Itali yang tidak mengiktiraf pakatan Jerman-Itali. Di saat-saat akhir, Hitler mengarahkan Ribbentrop untuk membentangkan rancangan perdamaian dalam usaha menyalahkan British dan Poland ke atas perang yang akan tercetus jika tiada tindakan daripada kedua-dua kerajaan itu.

askar nazi

Namun, tanggal 1 September 1939, akhirnya Jerman menyerang Poland Barat. Alasan ke atas serangan itu adalah kerana tuntutan terhadap Free City of Danzig dan hak terhadap jalan raya luar wilayah sepanjang koridor Poland yang diserahkan kepada Jerman telah dinafikan oleh British dan Poland.

Disebabkan oleh serangan itu, Britain dan Perancis telah mengisytiharkan perang terhadap Jerman 2 hari kemudian yang mengejutkan Hitler kerana beranggapan bahawa kedua-kedua kerajaan itu tidak ambil tahu, seperti yang dikatakan oleh Ribbentrop. Pada 17 September, ahli pakatan Allied (Soviet Union, United Kingdom, USA dan Perancis) iaitu Soviet Union pula menceroboh timur Poland.

Perang ketenteraan yang terbesar dalam sejarah itu telah meragut nyawa lebih daripada 60 juta orang. Nazi bertanggungjawab ke atas kematian sekurang-kurangnya 1 juta orang bukan askar, termasuk 6 juta Yahudi yang dikatakan ketika itu mewakili 2 per 3 daripada populasi di Eropah.

Pembunuhan beramai-ramai orang Yahudi yang dikenali sebagai Holocaus adalah usaha terakhir Hitler dalam memerangi mereka. Pembunuhan itu berlaku di kem-kem tahanan dan penghapusan seperti di Auschwitz-Birkenau, Bergen-Belsen, Dachau dan Treblinka dan banyak lagi. Namun terdapat teori konspirasi yang mengatakan bahawa pembunuhan tersebut adalah rekaan-rekaan semata (klik sini untuk baca).

tentera nazi berarak

Mereka lain yang dibunuh termasuklah orang Poland, komunis, golongan homoseksual, penganut Jehovah's Witnesses dan juga ahli kesatuan sekerja. Mereka bukan sahaja dibunuh malah kelaparan, diseksa dengan kejam serta menjadi bahan ujikaji perubatan yang menyakitkan

Perang berlarutan

nazi jerman

Pada 1940, Hitler meluaskan penguasaan Nazi Jerman dengan menceroboh dan menyerang negara-negara lain seperti Norway, Denmark, Perancis, Luxembourg, Belanda dan Belgium. Dengan tujuan untuk menceroboh, Hitler telah mengarahkan serangan bom dilakukan ke atas United Kingdom. Pakatan Axis (Jerman, Itali dan Empayar Jepun) telah bersetuju untuk menghalang Amerika Syarikat daripada membantu British.

Tindakan berani dilakukan Hitler pada 22 Jun 1941 dimana beliau telah melanggar pakatan larangan pencerobohan dengan pemerintah Soviet Union, Joseph Stalin dengan menghantar tenteranya menceroboh negara itu. Akibat daripada pencerobohan itu Hitler telah berjaya merampas kawasan yang besar daripada Soviet Union. Hitler kemudiannya memberhentikan pencerobohan itu buat sementara waktu dan mengalihkan usaha bagi mengepung Leningrad dan Kiev. Tindakan Hitler itu memberikan peluang kepada tentera Soviet Union untuk berkumpul semula dan membuat serangan balas lantas membuatkan kemaraan Jerman terhenti di luar Moscow pada Disember 1941.

Serangan Pearl Harbor

pearl harbor

Anggota kuasa Axis, Empayar Jepun telah membuat serangan terhadap pelabuhan di Hawaii iaitu Pearl Harbor pada 7 Disember 1941. Serangan secara mengejut itu telah menyebabkan Presiden Amerika Syarikat ketika itu, Franklin D. Roosevelt mengisytiharkan perang ke atas Empayar Jepun. Ia sekaligus menyebabkan campur tangan oleh Amerika Syarikat dalam perang itu.Ketika itu Britain merupakan empayar terbesar dunia, Amerika Syarikat negara kewangan terkukuh dunia manakala Soviet Union merupakan negara yang mempunyai tentera terbesar di dunia yang diterajui oleh Joseph Stalin.

Pakatan Axis tidak cukup besar untuk menghadapi pertempuran yang semakin menggila itu mula risau. Tanggapan Hitler jauh meleset apabila beliau beranggapan bahawa beliau boleh memperbodohkan anggota pakatan Allied. Penaklukan Afrika Utara gagal disempurnakan oleh Nazi kerana mereka kecundang dalam merampas terusan Suez. Beberapa perang yang berlaku ketika itu termasuk Pertempuran Stalingrad dan Pertempuran Kursk menjadi titik tolak kepada kekalahan Jerman dan pakatan Axis. 

menyerah kalah

Pada 6 Jun 1944, hari yang dikenali sebagai D-Day dimana tentera pakatan Allied mendarat di utara Perancis. Ramai pegawai tinggi Jerman berpendapat bahawa mereka tidak mampu untuk memenangi peperangan ini dan berasakan bahawa negara mereka akan hancur jika Hitler terus memberi arahan. Rancangan membunuh diktator Nazi Jerman telah diusahakan dan mendapat tarikan, namun tidak berjaya.

Kematian yang tak diduga

bunuh diri

Hitler menyedari bahawa Nazi Jerman dan anggota pakatan Axis akan tewas di dalam peperangan ini. Pada awal 1945, tentera Soviet Union telah berjaya membuatkan tentera Nazi Jerman berpatah balik ke Eropah Barat manakala pakatan Allied semakin mara memasuki Jerman dari arah barat. Hitler yang seolah-olah sudah menyerah kalah, telah melangsungkan perkahwinannya bersama cinta hatinya, Eva Braun dalam suatu majlis kecil di kubu Berlin pada 29 April 1945.

Bimbang akan dirinya ditangkap oleh tentera musuh, Adolf Hitler dan isterinya Eva Braun membuat keputusan untuk membunuh diri sehari selepas hari perkahwinan mereka, selepas mengetahui bahawa diktator Itali, Benito Mussolini telah dibunuh. Mayat mereka kemudiannya dibakar di tempat pengeboman di luar kedutaan Reich.

Berlin tewas pada 2 May 1945 manakala 5 hari kemudian, tentera Nazi Jerman akhirnya menyerah kalah tanpa sebarang syarat kepada pakatan Allied.

berita kematian adolf hitler

Penguasaan diktator oleh Adolf Hitler menerajui Nazi Jerman dan agenda politiknya telah mencetuskan perang yang telah mengubah sejarah dunia, dan menghancurkan dan menjadikan Eropah Utara dan Eropah Tengah, termasuk menjadikan Jerman sebagai negara miskin. Dasar-dasar dan impiannya telah mennyebabkan kesengsaraan kepada manusia dalam jumlah yang tidak pernah berlaku sebelum ini yang telah mengorbankan berpuluh juta nyawa, termasuk lebih daripada 20 juta di Soviet Union dan 6 juta Yahudi di Eropah. Namun, terdapat teori konpirasi mengatakan pembunuhan beramai-ramai Yahudi itu adalah rekaan semata-mata (baca artikel ini).

Kekalahan Nazi Jerman dalam Perang Dunia Kedua ini menandakan berakhirnya penguasaan Jerman dalam sejarah Eropah dan jatuhnya fahamam fasisma (sayap kanan). Namun, peperangan ini tidak hanya berakhir disitu kerana selepas itu meletus sambungannya iaitu Perang Dingin antara Gabungan Timur (Soviet Union dan negara-negara satelitnya) dengan Gabungan Barat (Amerika Syarikat, pakatan NATO, dan lain-lain) 

Wallahualam.

Sumber :

1. Wikipedia

2. Biography

3. Britannica

4. History Learning Site

5. History

6. Jewish Virtual Library


tags : , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)