Oleh pada 14 Apr 2018 kategori

Nazi Jerman bukan sahaja terkenal disebabkan oleh kehebatan dan ketegasan pemimpinnya Adolf Hitler, namun mereka juga terkenal disebabkan oleh kehebatan dalam bidang teknologi yang pada masa itu sangat canggih melebihi musuh-musuh lain.

Dan disebabkan oleh pembangunan teknologi yang ke hadapan ini, ia telah membuatkan Amerika Syarikat berminat dengan saintis-saintis Nazi yang genius mengembangkan teknologi perang yang dahsyat. 

BESARKAN TEKS     A-  A+

roket v 2 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat 682

Oleh itu, selepas kejayaan Pakatan Ally dalam Perang Dunia Kedua dan kejatuhan Nazi Jerman, kerajaan Amerika Syarikat telah mengimport beberapa saintis-saintis penting Jerman untuk berkhidmat dengan pasukan tentera mereka. 

iluminasi.com ingin berkongsi 6 saintis hebat Nazi Jerman yang diambil oleh Amerika Syarikat untuk bekerja dibawah mereka selepas Perang Dunia Kedua tamat.

1. Wernher von Braun

wernher von braun 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat

Nama Wernher von Braun sememangnya tidak asing lagi sebagai saintis Nazi paling berpengaruh. Beliau diiktiraf dengan cepat sekali oleh pihak berkuasa Nazi sebagai ahli fizik dan jurutera yang genius.

Namun beliau agak lurus secara semula jadi. Karismanya yang tinggi dan kehebatan melihat masa depan menjadikannya calon yang sempurna untuk mengatur dan mengetuai operasi seperti pembangunan roket V-2. Di usia 25 tahun, Wernher telah dipertanggungjawabkan terhadap sekumpulan 400 orang.

Dan ketika berusia 30 tahun, pasukannya telah berkembang menjadi 5,000 orang. Ketika perang berlangsung, Wernher melawat kilang penghasilan roket di Mittlewerk sekurang-kurangnya 12 kali. 

Namun, ketika beliau bekerja untuk program angkasa lepas Amerika Syarikat, beliau bersungguh-sungguh menjauhkan diri daripada kekejaman yang dilakukan oleh Nazi dengan meletakkan kedudukannya di mana beliau tidak ada apa-apa yang boleh dibantu.

Menyedari bahawa beratus-ratus hamba di kilang pembuatan roket yang terseksa disebabkan ingin merealisasikan impiannya, Wernher masih berdedikasi siang dan malam dalam membangunkan roket V-2. Dan tanpa kehadiran Wernher, kemungkinan besar roket Saturn V Amerika Syarikat hanya tinggal sebagai impian semata-mata.

2. Walter Schieber

walter schieber 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat

Walter Shieber adalah saintis Nazi Jerman yang sangat penting ketika Perang Dunia Kedua. Pengalamannya ketika perang belum meletus dalam bidang pembuatan tekstil sangat berguna untuk Parti Sosialis Nasional. Pada tahun 1943, Adolf Hitler telah menganugerahkan Walter anugerah War Merit Cross. 

Setelah perang tamat, Walter menarik perhatian Charles Loucks, jeneral brigadier Angkatan Tentera Kimia Amerika Syarikat. Ketika itu, Charles telah ditugaskan di bandar Heidelberg di Jerman untu membangunkan agen saraf seperti tabun dan gas sarin.

Tidak mengambil kira masa silam Walter, Charles lebih tertarik dengan Walter disebabkan oleh hubungan baik beliau dengan pemimpin tinggi Nazi, Heinrich Himmler, dan pengetahuannya yang mendalam mengenai gas yang digunakan Nazi ketika perang.

Walter bekerja di bawah Tentera Kimia AS untuk tempoh 10 tahun dan kemudiannya menjadi aset kepada CIA. Disebabkan beliau amat berguna untuk kerajaan AS, Walter tidak pernah didakwa kerana jenayah perangnnya. Malah, beliau memainkan peranan penting dalam pembangunan gas sarin yang kemudiannya digunakan oleh tentera AS.

3. Kurt Debus

kurt debus 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat

Kurt Debus adalah bekas Nazi yang paling popular yang berjaya masuk ke dalam senarai kemahsyuran teknologi roket Amerika Syarikat. Kurt adalah pengarah Pusat Angkasa Lepas John F. Kennedy di Florida dari tahu 1962 hingga 1974.

Namun, dalam kehidupan yang lain iaitu ketika bekerja untuk Nazi, beliau adalah pengarah ujian Hitler ketika pembangunan roket V-2. Walaupun program pembangunan roket V-2 sangat menakutkan, namun Kurt tidak pernah dipertanggungjawabkan ke atas masa silamnya dan menikmati reputasinya yang baik di Amerika.

Kurt juga merupakan sebahagian daripada kumpulan yang diketuai oleh Mangus von Braun yang berunding mengenai penyerahan saintis roket Jerman selepas perang tamat. Kurt dengan serta-merta diambil bekerja untuk Amerika di Fort Bliss. Beliau kemudiannya dipindahkan ke Alabama untuk mengawasi pembinaan kemudahan NASA di Cape Canaveral. 

Dengan bantuan Kurt Debus, NASA berjaya melancarkan 13 roket Saturn V ke angkasa lepas, termasuklah roket yang membawa angkasawan Apollo 11 ke Bulan.

4. Hermann Oberth

hermann oberth 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat

Ia merupakan hasil kerja Herman Oberth dalam rekabentuk roket yang pada asalnya memberi ilham kepada Wernher von Braun untuk mengkaji roket. Apabila Hermann mula-mula memberikan idea bahawa roket boleh beroperasi dalam persekitaran vakum, beliau ditertawakan.

Namun ketika beliau membangunkan roket Jerman V-2 bersama-sama Wernher, teorinya mula diberi perhatian. Dan ketika Hermann menyertai Wernher di Amerika Syarikat untuk membangunkan roket Saturn V, impiannya menjadi kenyataan.

5. Dieter Grau

dieter grau 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat 18

Sebagai ahli kumpulan roket Wernher von Braun, Dieter Grau merupakan watak penting dalam pembangunan roket V-2 ketika Perang Dunia Kedua. Selepas perang, Dieter dihantar ke Amerika Syarikat menjadi sebahagian daripada Operasi Paperclip. Beliau berkhidmat sebagai pengarah kualiti dalam beberapa projek roket yang diterajui oleh Wernher bagi pihak kerajaaan Amerika Syarikat.

Sebelum bekerja untuk AS, Dieter menjadi pengawal kualiti dan menjadi aset kepada Nazi Jerman. Beliau pernah dihantar buat seketika di sebuah kilang roket bawah tanah yang dikendalikan oleh Arthur Rudolph. 

Dieter hidup sehingga usia 101 tahun dan diingati oleh rakan-rakannya di Amerika sebagai seorang yang sangat terperinci dalam setiap kerja yang dilakukan.

6. Dr. Kurt Blome

dr kurt blome 6 saintis nazi jerman yang diguna oleh amerika syarikat

Ketika bersama Jerman, Dr. Kurt Blome adalah ketua penyeldikan kanser untuk Adolf Hitler. Namun secara realiti, beliau bertanggungjawab ke atas pembangunan keupayaan perang biologi Nazi.

Kurt pernah dibicarakan di mahkamah di Nuremberg atas kesalahan melaksanakan euthanasia (sengaja menamatkan kehidupan untuk melegakan kesakitan dan penderitaan) dan juga melakukan eksperimen terhadap manusia, namun dibebaskan kerana campur tangan tentera Amerika.

Kerajaan AS ingin mengembangkan pengetahuan Kurt mengenai kelemahan biologi manusia untuk menghasilkan ejen saraf yang lebih dahsyat. Ketika bertugas untuk Angkatan Tentera Kimia AS, beliau dikatakan tidak terlibat dalam eksperimen terhadap manusia.

Beliau menghabiskan sisa hidupnya di Jerman Barat bekerja untuk projek rahsia Amerika Syarikat dan kekal aktif dalam parti berhaluan kanan iaitu Parti Jerman sehingga kematiannya pada tahun 1969.




Hakcipta iluminasi.com (2017)