Apabila perkataan "Nazi" disebut, pasti anda akan serta-merta terbayangkan seorang lelaki bermisai pendek, iaitu Adolf Hitler. Adolf Hitler adalah pemimpin parti Nazi yang memerintah Jerman pada satu ketika dahulu dan memimpin negara ini dalam Perang Dunia Kedua.

Disebalik Nazi yang sangat terkenal, terdapat beberapa perkara yang tidak diketahui oleh orang ramai. Jadi, iluminasi.com ingin kongsikan 7 fakta pelik dan menarik mengenai Nazi Jerman.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Pihak yang mengeluarkan larangan merokok

larangan merokok oleh nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 2

Sebelum wujudnya undang-undang moden di Jerman, parti Nazi merupakan pihak yang pertama mengharamkan merokok. Doktor Nazi merupakan yang pertama mengaiktkan hubungan antara merokok dengan kanser paru-paru yang membuatkan kempen anti-merokok yang tegas bermula di bawah pemerintahan Hitler.

larangan merokok oleh nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Kepimpinan Nazi mengutuk sekeras-kerasnya kegiatan merokok dan menasihatkan penduduk awak supaya berhenti merokok. Ia termasuklah mengharamkan perokok daripada merokok dalam kereta api, bas dan tram. 

Nazi juga mencatu rokok serta menaikkan cukai terhadap rokok. Dan sudah tentunya sasaran utama tindakan ini adalah untuk melindungi bangsa Aryan.

2. Benci lelaki homoseksual

nazi bencikan lelaki homoseksual 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Jika anda adalah salah seorang lelaki daripada golongan homoseksual di zaman pemerintahan Nazi Jerman, pasti hidup anda merana. Ketika berkuasa, Nazi sangat membenci golongan homoseksual dan melayan mereka dengan teruk sekali.

Bermula tahun 1933, organisasi homoseksual diharamkan dan semua buku berkenaannya dibakar. Malah, individu homoseksual yang juga merupakan ahli parti Nazi berasa tidak selamat dan ramai di antara mereka yang dibunuh. 

nazi bencikan lelaki homoseksual 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 2

Terdapat cubaan untuk memulihkan lelaki homoseksual dimana Nazi memaksa mereka untuk mengunjungi rumah pelacuran ketika berada dalam kem tahanan. Kebencian mereka terhadap golongan ini dikatakan berpunca dari pandangan agama yang melihatkan golongan ini tidak wajar di hadapan Tuhan.

3. Gemar menonton filem Disney

nazi sukakan filem 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Cara Nazi berparti agak aneh dan bercanggah kerana mereka tidak menyukai seniman, tetapi menyukai seni. Lebih mengejutkan, mereka menggemari filem-filem Hollywood yang hasil kerja seteru mereka.

Filem yang paling digemari adalah, mungkin anda tak percaya, tapi ianya hakikat, iaitu Snow White and the Seven Dwarves, diikuti King Kong.

nazi bencikan lelaki homoseksual 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 3

Tak cukup dengan itu, Menteri Propaganda Nazi iaitu Dr. Josef Goebbels pernah menghadiahkan 12 filem Mickey Mouse kepada Hitler ketika hari jadinya.

Melihatkan betapa kuatnya pengaruh filem terhadap orang ramai, Nazi mula menghasilkan filem-filem mereka sendiri.

hitler dan leni riefenstahl walt disney donald duck

4. Bencikan kekejaman terhadap haiwan

nazi bencikan kekejaman haiwan 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 4

Terdapat banyak undang-undang yang diluluskan bagi melindungi haiwan di Jerman ketika pemerintahan Nazi. Mereka sangat menyayangi haiwan tak kira sama ada jinak atau liar dan berusaha memastikan haiwan-haiwan di Jerman berada dalam keadaan baik.

nazi bencikan kekejaman haiwan 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 5

nazi bencikan kekejaman haiwan 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 3

nazi bencikan kekejaman haiwan 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 0

Pemburuan haiwan diharamkan dan penyembelihan dipantau dan dikawal dengan begitu ketat. Haiwan yang memerlukan rawatan perubatan dijaga dengan baik dan mereka yang melakukan kekejaman terhadap haiwan akan dihukum.

5. Tubuhkan program pembiakan rasmi

program pembiakan nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Walaupun pemerintahan Nazi sangat kuat, namun satu perkara yang mereka bimbang dan takut, iaitu kadar kelahiran yang rendah dalam kalangan populasi Aryan. Bagi mengatasi masalah ini, Naza menubuhkan sebuah agensi pembiakan yang diberi nama "Lebensbborne", bermaksud "musim bunga kehidupan".

program pembiakan nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 3

program pembiakan nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 0

Mana-mana wanita janda dan wanita bujang diberikan bantuan kewangan untuk hamil dan melahirkan banyak anak. Anak-anak ini kemudiannya diberikan kepada keluarga yang tak mempunyai anak untuk dibesarkan mengikut falsafah Nazi. 

Juga sangat digalakkan wanita-wanita ini dihamilkan oleh Pegawai SS (Schutzstaffel) iaitu tentera-tentera Nazi, sebelum mereka pergi berperang.

6. Tak suka dipanggil "Nazi"

hitler benci dipanggil nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Jika difikirkan, adalah agak aneh bagi Nazi yang tidak suka dipanggil Nazi. Nazi adalah singkatan yang dibuat oleh pihak media dan diberikan kepada mereka, namun tidak langsung digunakan oleh ahli-ahli parti ini.

Individu yang paling benci dipanggil Nazi tak lain tak bukan adalah Hitler, dan akan menjadi sangat berang jika terdengar perkataan tersebut disebut. Mereka lebih sukakan "National Socialist" dan menggunakan perkataan ini dalam majlis rasmi.

hitler benci dipanggil nazi 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 2

Perkataan "Nazi" adalah satu penghinaan yang digunakan lama sebelum bangkitnya parti Hitler. Ia adalah istilah penghinaan bagi seorang petani mundur yang merupakan versi ringkas dan merupakan nama umum di Bavaria, kawasan dari mana Nazi muncul.

Penentang-penentang yang merampas telah memendekkan gelaran parti Nationalsozialistische Deutsche Arbeiterpartei, kepada "Nazi"

7. Pencetus idea kereta Volkswagen Beetle

nazi membantu menghasilkan volkswagen beetle 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Ketika Nazi memegang tampuk pemerintahan Jerman, kereta mewah adalah sesuatu yang paling tidak mampu di Jerman. Nazi berasakan perkara ini salah dan membantu menghasilkan jenama Volkswagen bagi menyelesaikan masalah ini.

Perkataan Volkswagen bermaksud "kereta rakyat" dan ia menjelaskan tujuan penghasilan kereta ini.

nazi membantu menghasilkan volkswagen beetle 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 2

Nazi mahukan sebuah kereta yang boleh diharap yang mampu dimiliki oleh rakyat biasa di Jerman.

Reka bentuk Volswagen mempunyai pengaruh kerajaaan Nazi yang sangat kuat yang mengarahkan pereka untuk menghasilkan sebuah kereta yang kelihatan seperti serangga.

8. Mencipta ubat kuat yang dahsyat

doktor nazi cipta pervitin ubat kuat 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman

Ketika Perang Dunia Kedua, doktor-doktor Jerman telah bereksperimen dan menghasilkan "ubat kuat" atau "performance booster", dengan menggunakan syabu yang diberi nama "Pervitin". Ia bertujuan meningkatkan prestasi tentera-tentera Nazi. Eksperimen ini berhasil ketika ujian dan membuatkan tentera Nazi menjadi sangat kuat.

doktor nazi cipta pervitin ubat kuat 7 perkara yang anda tak tahu mengenai nazi jerman 2

Tentera Nazi yang mengambil ubat ini mampu berkawat sejauh 88 kilometer tanpa mengalami keletihan! Mereka merancang untuk memberikan ubat ini kepada semua tentera namun tidak kesampaian kerana Nazi tewas sebelum rancangan ini dilaksanakan.

Jika Nazi sempat melaksanakan rancangan ini, sejarah dunia mungkin berubah seperti apa yang berlaku.

Rujukan:

1. Telegraph

2. BBC

3. Themo

4. History

5. Social Worker




Hakcipta iluminasi.com (2017)