Kredit foto: Instagram Nur Sajat 

      

Komited dalam memperkasakan bidang kecantikan, Nur Sajat terus mencipta kejayaan menerusi perniagaan kosmetiknya yang semakin berkembang.

Nama Sajat sekali lagi menjadi tumpuan apabila beliau menerima Anugerah Tokoh Tun Puteh daripada Tengku Mahkota Pahang di sebuah hotel di ibu kota.

Di ruang media sosialnya, usahawan ini menzahirkan rasa syukur atas anugerah yang diterima, sambil mengimbas jasa dan dorongan ibu bapanya yang sentiasa berada di sisinya sejak awal perjuangan.

Dalam suatu kenyataan terdahulu, beliau telah berkongsi sesuatu mengenai dirinya, yang mencuri perhatian ramai.

"Mak ayah Sajat sentiasa menemani Sajat ke mana sahaja. Alhamduillah mak ayah sentiasa mendoakan Saat hingga ke hari ini. Biar lah orang di luar berkata apa apa sekali pun pada Sajat, cuma yang faham Sajat adalah mak dan ayah Sajat.

"Kerana kelahiran Sajat (khunsa) adalah rahsia mereka. Sajat akur bukan senang untuk harungi seorang bernama Nur Sajat, kerana ujian Nur Sajat kena kuat walaupun apa pun berlaku. Yang penting mak dan ayah sentiasa bersama dengn Sajat dan doa mereka yang Sajat perlukan.

"Terima kasih mak dan ayah kerana melahirkan Sajat. Sajat tak pernah marah apa yang berlaku pada Sajat. Segala kecacatan Sajat ini. Sajat terima dengan redha. Anugerah Tun Putih ini buat mak dan ayah. Sajat sayang mak dan ayah, biar lah kat luar tu nak kata apa pada Sajat, yang penting mak ayah tahu Sajat siapa."   

       

Baca: Biodata Nur Mustika, Adik Beradik Sajat

         




Hakcipta iluminasi.com (2017)