Oleh pada 03 Dec 2017 kategori

Selepas kecoh tentang isu 'dislike' muzik video terbarunya bersama Aliff Syukri, timbul pula perdebatan hangat di kalangan netizen tentang wajah terkini Nur Sajat.

Apa yang menarik perhatian adalah perubahan wajahnya yang agak membulat, sedangkan sebelum ini usahawan kosmetik itu terkenal dengan tulang pipinya yang menonjol.

Malah bibirnya juga kelihatan membengkak daripada kebiasaan.

wajah sajat berubah kerana 2

Menerusi kiriman di laman Instagram, Sajat memaklumkan dia baru sahaja membuat 'crowning' gigi.

Namun tidak dapat dipastikan mengapa ia memberi kesan terhadap bibirnya yang turut sama membengkak.

wajah sajat berubah kerana 3

“Walaupun gusi sakit buat crowning gigi.. tapi tetap gigih layan tetamu VVIP saya, Dato Seri Aliff Syukri.

“Sebab kami akan ke luar negara awal bulan depan. Buat video klip! Aduh! Sempat ke ni? Gigi saya siap! Ahh tidak.. bibir ku bengkak,” tulisnya di laman Instagram.

wajah sajat berubah kerana 4

Dalam pada itu, netizen berspekulasi jutawan itu telah membuat pembedahan terhadap wajahnya.

Namun, rata-rata beranggapan wajahnya sebelum ini jauh lebih jelita selain menyifatkan bentuk wajah terbarunya menakutkan!

wajah sajat berubah kerana 5

wajah sajat berubah kerana 6

Sumber berita: Media Hiburan

Kredit foto: Instagram Nur Sajat




Hakcipta iluminasi.com (2017)