Kredit foto: Instagram Nur Sajat

Penganjuran acara muzik tahunan, Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) kali ini mendapat perhatian besar seluruh peminat industri hiburan tanah air.

Paling hangat diperkatakan adalah gandingan hos Aliff Satar dan Sherry Alhadad yang mendapat pujian melambung kerana berjaya melangsaikan tanggungjawab mereka dengan sempurna sekali.

sajat antara curi tumpuan di anugerah juara lagu 32 2

Kredit foto: BH Online

Tidak ketinggalan, pastinya kehadiran jutawan kosmetik sensasi, Nur Sajat yang melambai bak 'Miss Universe' hingga menerima tepukan gemuruh seluruh penonton.

Momen 'standing ovation' diraih penyanyi Syamel & Ernie Zakri, Hael Husaini, Altimet, Dayang Nurfaizah dan Salma kerana persembahan vokal memukau selaras dengan piawaian prestij acara hiburan tersohor itu. 

Siapa boleh lupa dengan gaya Altimet memanaskan pentas bak konsert sendiri bersama kemunculan istimewa, Nabila Huda membawa watak 'nenek' hingga penonton turut sama berdiri mengikut alunan rentak lagu Amboi.

Tidak terkecuali, kehadiran Iqram Dinzly mengiringi persembahan Hael selepas penyanyi itu diumumkan juara turut menjadi bualan sensasi, juga tular di media sosial.

Tidak dilupakan segmen persembahan Datuk A.Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie dan Siti Sarah tampil membuai penonton menerusi lagu-lagu popular era Pop Yeh-Yeh seperti Tak Mengapa, Suzana, Hidup Bersama, Syurga Idaman, Siapa Gerangan dan Kenanganku.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)