Kredit foto: Instagram Safiey Ilias
Sebut saja Safiey Ilias, pasti ramai yang kenal dengan anak muda berjiwa besar ini. Meskipun namanya pernah terpalit dengan kontroversi gara-gara pernah memilih jalan hidup yang salah, akhirnya beliau pulang ke pangkal jalan dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan.
Tanggal 16 April 2016, Safiey meninggalkan dunia mak nyah secara rasmi selepas menjalani pembedahan membuang dua biji gel daripada dadanya.
Meskipun telah berhijrah, ia bukanlah titik noktah kepada kontroversi yang pernah dilalui. Namanya terus-terusan menjadi kecaman. Ramai yang menyangkakan hijrah Safiey hanyalah bersifat sementara, tak kurang yang beranggapan hijrah tersebut mempunyai muslihat tertentu.
Namun sedar tak sedar, kini telah setahun Safiey melepaskan dua biji bebola gel tersebut daripada tubuhnya dan nekadnya nyata berkekalan.
Harapan masyarakat semoga Safiey akan terus istiqamah dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak muda di luar sana.
Di sini kami kongsikan luahan hati Safiey yang dikirimkan melalui akaun Instagramnya mengenai pahit manis penghijrahannya sejak setahun lalu. Jom baca.
Semalam genap 1 tahun tanpa dua biji bebola gel… Hijrah saya bukan sekadar luaran dan penampilan.. tapi paling besar sekali adalah bila meletakkan hanya Allah yang satu… Sesiapa pun boleh berhijrah penampilan tetapi tidak pada ibadah. Nasihat saya adalah jaga solat betul-betul sebab ia kunci kejayaan dunia & akhirat… Saya tak baik mcm awk semua yg sebelum ni jaga solat… saya baru jumpa jalan… hijrahkan diri tentang ibadah dahulu baru benda2 lain yg baik insyaallah akan menyusul.. Kalau saya masih mak nyah tapi tak solat, tak ada beza jika saya lelaki tapi tak solat… pokok pangkal adalah tentang solat… berhijrah penampilan bukan tiket kejayaan yg sebenar lagi… solatlah kejayaan yang sebenar! Solatlah walau siapapun awak.. mulut orang letak tepi… mungkin hidayah akan sampai pada awk bila tiba masanya.. orang sekarang nak berubah tapi tunggu hidayah sampai.. sedangkan solat itu sebenarnya adalah usaha “mencari hidayah”… sebab tu orang yang tak solat sebenarnya menolak hidayah dan merosakkan hidayah islam & iman yang dah diperoleh sejak lahir... Bukahkah Allah paling murka pada org yg tidak mahu sembah dia dan tidak mahu mengaku hamba?? Bukankah solat perkara pertama Allah tanya ? Ramai org tanya “alah dia solat tp dosa itu ini buat jugak”.. ya itulah manusia! Hanya malaikat dan makhluk lain yg patuh pada Allah dan sedikit pun tak ingkar perintah Allah.. dah nama manusia bukannya ombak laut.. pasti ada buat silap… Jangan patahkan semangat bila ditohmah begitu oleh orang… bukankah solat itu sendiri adalah doa? Pencuci jiwa? Pencuci dosa? Kita solat sbb kita hamba, dan kita ada kesedaran pada dosa yang tiap masa kita buat sama ada sedar atau tak..Mcm sekarang, tengah baca status ini.. ada dosa yang kita sendiri tak sedar kita buat.. jadi solatlah untuk sucikan dosa itu… Doakan saya.. saya manusia sama seperti anda yg mgkin buat silap beribu kali.. namun Allah maha pengampun… rahmatNya menlangkaui kemurkaanNya.. TAK APA DIBENCI MANUSIA.. TAK APA DIEJEK MANUSIA.. BIARLAH ORG LAIN TAK FAHAM UJIAN KITA.. JANJI KITA USAHA CUKUP2 BUAT ALLAH SAYANG KITA… kasih sayang manusia ni tak puas..
Sumber: Instagram Safiey Ilias
Kredit foto: Instagram Safiey Ilias