Oleh pada 04 Feb 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Harry Zulkifli & Instagram Safiey Ilias

Bekas maknyah, Harry Zulkifli yakin sahabat baiknya, Safiey Ilias bukan seorang yang bodoh hingga sanggup menggunakan agama untuk melariskan perniagaan.

Dakwaan itu timbul apabila Safiey kembali menjadi 'wanita' selepas kononnya mengaku sudah insaf dan ingin berbalik kepada fitrah asalnya sebagai lelaki.

"Dengar cakap saya, saya ada dengan dia masa dia nak berubah. Saya yang tawarkan diri saya untuk teman dia buang implan dan sebagainya," katanya dalam temubual program FB Live Sinar Harian.

Harry beranggapan mungkin ada masalah lain yang membelenggu diri jutawan kosmetik itu, justeru dia berharap netizen dapat mendoakan yang terbaik buatnya.

"Dia bukan berhijrah untuk lariskan produk, memang bukan cuma mungkin dia stress ke apa ke, patutnya kita doakan dia.

"Safiey seorang yang bijak, tidak akan membodohkan diri dia sendiri untuk melariskan produk, memalukan diri sendiri," katanya.

Tidak hanya itu, Harry sendiri pernah dihambat dengan spekulasi mengatakan dia juga berubah kerana ingin meraih publisiti dalam bidang perniagaan.

Namun, bekas maknyah ini menepis dakwaan itu dengan mengatakan dia tidak mempunyai sebarang bisnes yang diusahakan.

"Saya tak ada produk. Saya hanya makan gaji dengan kerajaan. Kalau betul saya nak gunakan agama, saya dah buat dua tahun lepas ketika bersama-sama dengan Safiey viral.

"Saya minta maaf kepada yang masih bersangka buruk dengan saya. Yang buruk memang banyak dari saya," katanya.

Katanya, penghijrahan yang dilakukan adalah tulus dari hati kerana Allah SWT.

"Demi ALLAH, saya berhijrah untuk mak, keluarga di kampung dan kerana ALLAH," tutur Harry lagi.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)