Kredit foto: Instagram Safiey Illias
Kerana kembali menjadi seorang 'wanita' selepas mengaku sudah bertaubat tahun lalu, usahawan kosmetik Safiey Illias digelar penungang agama, lantas menerima kecaman hebat di media sosial.
Pun begitu, beliau tidak menyatakan sebab mengapa dirinya memilih menjadi mak nyah semula.
Antara yang menjadi perdebatan hangat apabila Safiey merakamkan beberapa momen bersama rakan lelaki seperti menggambarkan mereka sedang berpasangan.
Lantaran itu, Safiey digelar 'kunyit' termasuk beberapa jolokan nama lain yang kurang menyenangkan.
Tidak berpuas hati, akhirnya usahawan sensasi ini tampil menjawab kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya.
Dalam penjelasan panjang lebar di laman Instagram itu, Safiey meminta netizen supaya berhati-hati mengeluarkan kata-kata kepada manusia lain kerana dosa sesama manusia yang sukar mendapat keampunan.
Isi kandungan entri itu antara lain bercerita tentang kepentingan berniat ikhlas dalam persahabatan.
Sumber berita & Kredit foto: Beautifulnara