Oleh pada 18 May 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @faziani_rohban

Biodata

1. Pemilik nama penuh Faziani Rohban Ahmad.

2. Mesra disapa Faz.

3. Berusia 41 tahun (2019).

4. Berasal dari Jalan Kebun Sultan, Kota Bharu, Kelantan.

5. Berbangsa melayu dan beragama Islam.

6. Mempunyai darah kacukan Pakistan iaitu daripada keturunan bapanya.

7. Anak ketiga daripada tujuh adik-beradik.

8. Isteri kepada Ahmad Shah Rizal Ibrahim. Hasil perkongsian hidup mereka beroleh beberapa orang cahaya mata.

9. Pemilik syarikat Rohban Trade Sdn Bhd.

Fakta Menarik

  • Seorang yang terkenal dengan perwatakan sederhana.
  • Membesar dalam kalangan keluarga berniaga. Bapanya yang telah meninggal dunia merupakan bekas pengusaha kedai makan.
  • Sewaktu kecil, beliau mengalami kesempitan hidup hingga membentuk nekadnya untuk mengubah nasib keluarga.
  • Suka bergaya dan amat mementingkan kecantikan seawal usia remaja, dengan mengamalkan petua yang diperturunkan daripada nenek moyang.
  • Menceburkan diri dalam bidang kecantikan sebaik tamat persekolahan, meskipun minatnya itu mendapat tentangan kedua ibu bapa yang inginkan beliau memiliki pekerjaan tetap.
  • Pernah ditawarkan kerjaya sebagai jururawat, begitupun beliau menolak.
  • Sebelum namanya melonjak sebagai usahawan kosmetik, beliau pernah melibatkan diri memasarkan produk kosmetik, serta membuka salon.
  • Awalnya hanya mahu dikenali sebagai jurucakap produk dan enggan diwawancara media kerana tidak mahu mendedahkan identitinya sebagai pemilik produk.
  • Menerbitkan jenama sendiri sejak tahun 2011 di mana keluaran pertamanya ialah sabun badan.
  • Terkini, dalam kejadian pukul 10.30 pagi tadi, beliau dilaporkan meninggal dunia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan jalan raya apabila kereta Toyota Estima yang dipandu suaminya merempuh lori di Pattani, Thailand.

Foto

biodata usahawan kosmetik faziani rohban ahmad 2

biodata usahawan kosmetik faziani rohban ahmad 3

biodata usahawan kosmetik faziani rohban ahmad 4

biodata usahawan kosmetik faziani rohban ahmad 5

biodata usahawan kosmetik faziani rohban ahmad 6

Kredit foto: Instagram @faziani_rohban

Video

Kredit video: Youtube Majalah Nona

Sumber:

1. Jutawan Melayu

2. Harian Metro

3. Azhan.co




Hakcipta iluminasi.com (2017)