Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) akan melancarkan single sulungnya, I Am Me yang akan memasuki pasaran di platform digital - antaranya iTunes dan Spotify mulai Jumaat ini.

Lagu tersebut dicipta sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim, manakala muzik videonya pula di bawah arahan Yusry Abdul Halim.

Menurut Vida, dia menyimpan impian besar untuk melihat lagunya menjadi tular di seluruh dunia.

single sulung dipasarkan esok datuk seri vida mahu jadi tular di seluruh dunia 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Lagu I Am Me akan dilancarkan secara rasminya pada hari Jumaat ini (14 Julai) di semua platform digital. Manakala muzik videonya akan ditayangkan di platform media sosial pada 1 Ogos.

Sumber: Astro Gempak

Vida membuat kenyataan tersebut di set penggambaran muzik video lagu tersebut yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Menerusi muzik video itu Vida mengenakan enam persalinan khas dan difahamkan penggambarannya mengambil masa selama dua hari. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)