Oleh pada 27 Jul 2017 kategori

Sumber foto: Instagram.com/realsafieyilias & Astroawani.com

Sebut sahaja nama Safiey Ilias, anda pasti mengenalinya sebagai seorang jutawan kosmetik yang berjaya dan disegani. Biarpun pernah terpalit dengan kontroversi kecelaruan identiti yang dialaminya, kini Safiey telah kembali ke pangkal jalan dengan menjadi seorang lelaki normal.

Sudah lama tidak mendengar khabar terbaru, Safiey dikhabarkan telah membeli sebuah kereta mewah terbaru iaitu BMW jenis i8 Coupe. Melalui tinjauan menerusi laman web rasmi BMW Malaysia dan laman web automotif nombor 1 negara paultan.org, harga model kereta berkenaan adalah RM 1.2 juta.

Difahamkan juga bahawa Safiey telah menjual kereta Audi miliknya sebelum membeli keretanya yang terbaru ini. Malah, Safiey juga beberapa kali memuatnaik foto kereta kepunyaannya itu di Instagram rasminya. Kita hanya mampu tengok dan berangan kalau-kalau jadi kenyataan suatu hari nanti.

Untuk info, Safiey turut mempunyai sebuah lagi kenderaan mewah iaitu Mustang berwarna kuning yang dilaporkan sedang melalui proses pembaikan selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Kredit foto: Instagram.com/safieyilias94

Sumber berita: beritamemey.blogspot.com




Hakcipta iluminasi.com (2017)