Oleh pada 27 May 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dilanda kontroversi baru apabila panggilan gelarannya terhadap usahawan sensasi, Safiey Illias menimbulkan rasa kurang senang di kalangan netizen.

Dalam rakaman video yang dimuat naik di Instagram, Aliff menggelarkan Safiey sebagai 'kakak cantik' sewaktu usahawan itu ingin membuat pembelian perabot mewah di rumahnya.

Umum mengetahui mengenai status jantina Safiey yang merupakan seorang lelaki tetapi menggayakan imej seperti wanita atau dalam bahasa yang lebih mudah 'pondan'.

Safiey sebelum ini pernah menjadi tajuk utama portal gosip kerana didakwa menggunakan agama untuk meraih publisiti dalam perniagaan. Produk kecantikannya mendapat sambutan hangat sewaktu dirinya mengumumkan penghijrahan ke jantina asal, sebelum akhirnya memilih untuk kembali menjadi 'wanita' semula.

perbualan bersama safiey ilias aliff syukri didakwa sokong lgbt 2

Kredit foto: Beautifulnara

Tindakan Aliff pula kononnya dianggap sesetengah netizen seperti menyokong serta mempromosikan lagi golongan LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender).

Sementara itu, dalam kiriman terbaru, Aliff akui dia sedar akan komen negatif yang diterima, namun hanya mampu mendoakan yang terbaik kepada pihak yang membencinya.

perbualan bersama safiey ilias aliff syukri didakwa sokong lgbt 3

Kredit foto: Instagram Aliff Syukri




Hakcipta iluminasi.com (2017)