Kredit foto: Youtube Meletop 

Di ketika ini, video lirik single pertama Datuk Seri Vida iaitu I Am Me antara yang paling hangat diperkatakan di laman Youtube.

Lagu ciptaan Edry KRU tersebut mempunyai melodi dengan daya tarikannya yang tersendiri. 

Namun bukan sahaja lagu, malah penampilan dan vokal Vida antara yang menjadi buah mulut netizen. 

terima sambutan luar biasa ini video parodi i am me datuk seri vida oleh jihan dan bell ngasri 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Dalam ruangan komen video tersebut di laman Youtube, ada netizen yang mempersoalkan sebutan Bahasa Inggeris Vida yang kedengaran sedikit pelik.

Sehinggakan dalam satu baris, lirik "I Am Me" kedengaran seperti "Ayam Mee."

Selain menjadi bahan sakat netizen, pelawak Jihan Muse dan Bell Ngasri turut tidak ketinggalan "membahankan" Vida dalam sebuah video parodi.

Video parodi tersebut baru sahaja ditayangkan dalam rancangan hiburan Meletop dua hari lalu dan seterusnya dimuat naik ke laman Youtube, namun sehingga kini telahpun menerima lebih 150 ribu tontonan.

Boleh tahan kelakar gelagat Jihan dan Bell. Ini antara komen netizen. 

terima sambutan luar biasa ini video parodi i am me datuk seri vida oleh jihan dan bell ngasri 3

terima sambutan luar biasa ini video parodi i am me datuk seri vida oleh jihan dan bell ngasri 4

Kredit foto: ohbulan.com & Facebook Meletop 

Ini pula videonya. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)