Kredit foto: Instagram One Nation Emcees

   

Penyanyi berkumpulan, One Nation Emcees, yang cukup sinonim dengan tarian lincah di atas pentas, kini membuat 'comeback' selepas beberapa tahun menyepi, menerusi penyertaan dalam program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6).

Berikut Iluminasi kongsikan biodata serta fakta menarik mengenai kumpulan yang dianggotai empat orang ahli ini.

   

Biodata

1. Dianggotai Shamimi Amalina binti Norhisham atau nama pentasnya, Mimi Fly, 33, Nur Hasan bin Balas atau Jojo Fly, 44, Mohamed Fareezan Mohamed Murtaza atau Kozae, 37, dan Sabhi Saddi, 35.

2. Kumpulan ini pada asalnya turut disertai Zydee, namun penyertaannya dalam GV6 digantikan Sabhi kerana terikat dengan komitmen lain. Sabhi merupakan bekas ahli One Nation Emcees pada tahun 2010.

3. Kesemua ahli berasal dari negeri di bawah bayu, Sabah.

4. Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian, malah mereka juga berkebolehan menari.

5. One Nation Emcees cukup dikenali menerusi lagu Anak Kampung (menampilkan Jimmy Palikat) dan Raja Gelek.

   

Fakta Menarik

  • Mimi turut menguruskan sebuah studio zumba miliknya sendiri.
  • Sabhi Sadhi merupakan bekas ahli kumpulan Esdco bersama Adam (AF) yang mana ketika itu beliau dikenali sebagai Boy. Kini Sabhi lebih aktif sebagai pelakon dengan membintangi drama rantaian.
  • Kumpulan ini pernah ditawarkan menyertai GV pada tahun lalu, namun hanya bersetuju pada musim ini kerana mempunyai kelapangan, selain ingin membuat 'comeback' bersempena 11 tahun pembabitan mereka dalam dunia hiburan.

   

Foto

one nation emcees

mimi one nation emcees

sabhi saddi one nation emcees

gegar vaganza 2019 minggu 730

one nation emcees gegar vaganza

gegar vaganza 2019 645

Kredit foto: Instagram One Nation Emcees & Gegar Vaganza

   

Video

Kredit video: [MTV] One Nation Emcees ft Jimmy Palikat - Anak Kampung

   

Sumber:

1. Gegar Vaganza

2. Wikipedia Sabhi Saddi

3. Sabhi Saddi Kembali Bersama One Nation Emcees




Hakcipta iluminasi.com (2017)