Anak seringkali dikaitkan dengan rezeki, sekaligus membuktikan betapa bertuahnya mereka yang dikurniakan cahaya mata.

Tidak kurang juga kepada mereka yang sekadar mengambil anak angkat, darjat mereka juga boleh dikatakan pada kedudukan yang sama, apatah lagi yang menjaga anak angkat itu umpama zuriat sendiri seperti menatang minyak yang penuh.

Seperti lapan selebriti popular yang penulis senaraikan ini yang mungkin ada di kalangan anda yang tidak tahu tentang kewujudan anak angkat mereka.

    

anak angkat hael husaini

         

Hael Husaini

Nur Helena merupakan anak angkat perempuan kepada penyanyi dan komposer, Hael Husaini.

Tidak dinafikan, kehadiran Helena melimpahkan rezeki buatnya, bukan sahaja dalam bentuk pencapaian dalam bidang seni suara, malah juga bidang penciptaan lagu hingga menjadikan namanya sebaris dengan selebriti popular masa kini.

    

Baca: Biodata Penyanyi Hael Husaini

    

anak angkat sufian suhaimi

          

Sufian Suhaimi

Faeq Razeeq merupakan nama anak angkat milik Sufian Suhaimi yang mana kanak-kanak itu adalah zuriat kepada rakan baiknya sendiri yang dikenali sejak zaman sekolah.

Mula menjaga Faeq sejak September 2019, Sufian menyifatkan beliau telah mengubah dirinya ke fasa yang lebih matang.

Difahamkan, mereka meluangkan masa hampir setiap hari!

Rezeki penyanyi lagu Janji ini kemudiannya mencurah-curah terutama menerusi penjualan bantal zikir Baby Pian keluarannya yang mendapat sambutan luar biasa.

    

Baca: Biodata Penyanyi Sufian Suhaimi

    

anak angkat misha omar

          

Misha Omar

Misha Omar memegang tanggungjawab sebagai ibu angkat kepada Mohd Adam Emir yang dijaganya sejak tahun 2007.

Tidak hanya itu, penyanyi Sampai Bila ini turut mengambil anak angkat kedua bernama Humaira Lateefa sebelum mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 2014.

    

Baca: Biodata Penyanyi Misha Omar

    

anak angkat zizie ezette

         

Zizie Ezette

Nayla Nurjenna adalah anak angkat yang berada di bawah jagaan Zizie sejak 2015, sebelum beliau mengambil seorang lagi anak angkat bernama Aaric Zayn Izette ketika sedang hamil.

Keseluruhannya beliau menjaga lima orang anak.

    

Baca: Biodata Pelakon Zizie Ezette

    

anak angkat elyana

         

Elyana

Elyana antara yang tidak terkecuali mengambil seorang anak angkat lelaki bernama Tulus yang difahamkan mengalami Down Syndrome.

Namun penyanyi yang juga penghidap kanser limfoma itu menyifatkan anak istimewa berkenaan sebagai kekuatannya.

Penyanyi Kau Atau Aku itu mengalami episod getir apabila mengalami keguguran kerana mengandung luar rahim pada 2016.

    

Baca: Biodata Penyanyi Elyana

    

anak angkat sazzy falak

          

Sazzy Falak

Sazzy yang bergelar isteri kepada pengacara Nazril Idrus pada November 2006 menerima kurniaan cahaya mata kembar bernama Imaan Lily dan Tiara Rose.

Ia dilengkapi dengan kehadiran seorang anak angkat lelaki bernama Idris yang berada dalam jagaannya sejak Mac lalu.

      

anak angkat abby abadi

         

Abby Abadi

Menerusi perkahwinan bersama Faizal Zakaria, Abby Abadi menjaga dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.

Perkahwinan yang didirikan pada Ogos 2015 itu kemudiannya beroleh rezeki cahaya mata, namun ia adalah bayi pramatang yang hanya mampu bertahan selama 70 hari sebelum meninggal dunia.

     

Baca: Biodata Pelakon Abby Abadi

    

anak angkat rizalman

         

Rizalman

Mengambil keputusan untuk tidak berkahwin, namun dalam masa sama sukakan kanak-kanak, mendorong pereka fesyen ternama ini untuk menjaga dua orang anak angkat bernama Umar Nail dan Aali Nail.

Menurutnya, kehadiran mereka telah mencetuskan perubahan positif dalam hidupnya, selain membuka pintu hatinya untuk menjejakkan kaki ke bumi Makkah bagi menunaikan haji di usia 34 tahun.

     

Baca: Biodata Pereka Fesyen Rizalman

    

anak angkat aliff syukri

    

Lagi selebriti yang menjaga anak angkat termasuk Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Almy Nadia, Stacy Anam, Erma Fatima, Fynn Jamal dan ramai lagi.

    

Baca: Biodata Usahawan Kosmetik Aliff Syukri

       

Sumber berita: Tatang Macam Anak Sendiri, Ini 8 Selebriti Popular Yang Menjaga Anak Angkat Penuh Kasih Sayang!

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)