Kredit foto: Instagram Dato' Rizalman Ibrahim

     

Dato' Rizalman Ibrahim merupakan seorang pereka fesyen disegani di kalangan penggiat industri fesyen tempatan.

Sentuhannya bukan sahaja terkenal dalam kalangan selebriti, malah menjadi pilihan orang kenamaan mahupun atasan.

     

Biodata Dato' Rizalman Ibrahim

1. Pemilik nama Rizalman Ibrahim.

2. Kelahiran Georgetown, Pulau Pinang pada 28 Oktober 1971. Berusia 48 tahun.

3. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Seni Lukis Dan Seni Reka (Fesyen) daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM).

4. Anak bongsu daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Bergiat sebagai pereka fesyen, pereka hiasan dalaman, pengurus majlis, pengatur perkahwinan dan personaliti televisyen.

6. Memulakan jenama sendiri atas nama 'Rizalman Ibrahim' pada tahun 1995. Kini bergelar pemilik Glam Casa, Glam Reka, Glam Weddings dan The RI Maison by Rizalman.

7. Penerima anugerah Mercedes-Benz Asian Fashion Award di Anugerah Fesyen Antarabangsa-Malaysia 2004 (MIFA 2004), Style Star Of The Year Award 2008 dan Mercedez Benz Stylo Award.

8. Laman sosial Instaramnya yang menggunakan nama @rizalman71 sehingga kini sudah mengumpul lebih 750,000 pengikut.

    

Fakta Menarik

  • Bapa kepada dua anak lelaki.
  • Dikenali dengan perwatakannya sebagai seorang yang merendah diri.
  • Berasal daripada keluarga berdarah seni. Ibunya seorang tukang jahit, manakala bapanya merupakan seorang kerani dan jurufoto fesyen. Adik-beradiknya yang lain mahir dalam bidang lukisan serta ada yang melibatkan diri sebagai pelakon teater dan pelakon radio.
  • Ibu bapa Rizalman tidak sempat menyaksikan kejayaannya dalam bidang fesyen kerana terlebih dahulu menghembuskan nafas terakhir. Beliau kehilangan bapanya pada tahun 1995, diikuti ibunya empat tahun kemudian.
  • Pekerjaan pertamanya ialah sebagai tukang jahit butang dan cangkuk di sebuah butik di ibu kota dengan bayaran gaji sebanyak RM350.
  • Pelanggan pertamanya selaku  pereka fesyen ialah personaliti televisyen popular, Wan Zaleha Radzi. Tidak ketinggalan Fauziah Ahmad Daud, Zarina Zainuddin dan Zakiah Anas merupakan antara yang terawal mendapatkan khidmatnya.
  • Kemunculannya di kaca televisyen antaranya menerusi rancangan realiti, Tangkap Muat dan Pelamin Fantasia 2015.
  • Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang berterus terang, ceria, namun adakalanya serius.
  • Menganggap kepakaran yang dimiliki kerana sikapnya yang suka membaca dan mengembara ke negara luar.
  • Kini hasil kerjanya dalam bidang fesyen selama lebih 20 tahun menjadi pilihan di kalangan orang kenamaan mahupun atasan.

    

Foto

dato rizalman

rizalman ibrahim

dato rizalman biodata

rizalman ig

rizalman ibrahim biodata

rizalman kahwin

anak rizalman

Kredit foto: Instagram Dato' Rizalman Ibrahim

   

Video

Kredit video: Apa Kata Malaysia?: Eksklusif bersama Rizalman

    

Sumber:

1. Bermula Dari Bawah, Dato' Rizalman Ibrahim Bongkar Kisah Suka Duka Sebelum Bergelar Pereka Fesyen Tersohor!

2. Rizalman sunyi, tapi tak mahu kahwin

3. Rizalman Ibrahim, Fashion Royalty

    




Hakcipta iluminasi.com (2017)