berapa gaji angkasawan 826

Selain daripada ingin menjadi doktor, jurutera, atau cikgu, ramai kanak-kanak yang mempunyai cita-cita untuk bergelar angkasawan.

Namun umum tahu bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah. Untuk menjadi angkasawan, anda terlebih dahulu mesti layak menjadi calon angkasawan.

Selepas terpilih, anda mest menamatkan latihan selama 2 tahun dan tempoh penilaian untuk layak. Meski pun begitu, anda berkemungkinan tidak berpeluang untuk ke angkasa lepas.

Banyak perkara yang kita jarang tahu mengenai angkasawan, dan antara salah satunya adalah dari segi pendapatan.

Pendapatan angkasawan awam

gaji angkasawan nasa

Menurut NASA, angkasawan awam diberikan gred gaji dari GS-11 hingga GS-14, jadi julat pendapatan agak luas bagi gred ini.

Gaji permulan adalah sekitar $66,000 (RM269,000) setahun atau $5,500 (RM22,400) sebulan.

Sebaliknya, angkasawan yang lebih berpengalaman memperoleh pendapatan agak lumayan sekitar $ 144,566 (RM588,000) setahun atau $12,047 (RM49,000)

Pendapatan angkasawan tentera

berapa gaji angkasawan tentera

Walau sesiapa sahaja yang berkelayakan boleh memohon untuk menjadi angkasawan, namun kebanyakan angkasawan berasal dari tentera.

Dan seperti sesiapa sahaja dalam angkatan tentera, mereka diberikan gred gaji berdasarkan status tugas aktif mereka.

Sebagai contoh, seorang kolonel atau kapten, diletakkan dalam gred bayaran O-6. Selepas 8 tahun perkhidmatan, mereka akan menerima $ 8,030 (RM32,700) sebulan, atau $96,360 (RM392,000) setahun.

Pendapatan gred O-6 akan meningkat kepada $8,073 (RM32,900) sebulan selepas 10 tahun berkhidmat, manakala perkhidmatan melebihi 20 tahun memberikan $10,295 (RM41,900) sebulan atau $123,540 (RM502,800).

Dengan pangkat jeneral brigadier, angkasawan menerima bayaran dalam gred gaji O-7.

berapa gaji angkasawan 271

Selepas 8 tahun berkhidmat, angkasawan tersebut akan menerima gaji sekitar $9,906 (RM40,300) sebulan atau $118,872 (RM483,400) setahun.

Angkasawan dengan pangkat ini dan pengalaman 10 tahun aktif menerima gaji $10,212 RM41,500) sebulan atau $122,544 (RM498,800).

Dengan 20 tahun perkhidmatan, gaji tentera adalah tentera sekitar $12,591 (RM51,200) sebulan atau $151,092 (RM615,000) setahun.

Manfaat angkasawan tentera

gaji angkasawan tentera

Angkasawan tentera mempunyai bonus tambahan dalam bentuk elaun perumahan, sama seperti kakitangan tentera yang lain.

Sebagai tambahan kepada gaji asas, kolonel dan kapten diberikan elaun dari $1,528 (RM6,220) sebulan untuk perumahan tanpa apa-apa tanggungan dan hampir $ 1,845 (RM7,610) sebulan dengan tanggungan.

Jeneral Brigadier dan mana-mana jawatan lain ke atas, menerima $1,667 (RM6,780) sebulan tanpa tanggungan dan $2,050 (RM8,340) dengan tanggungan.

Mereka juga mungkin layak mendapat insentif khas, seperti bayaran insentif kerjaya penerbangan, yang boleh memberikan tambahan antara $150 (RM610) hingga $1,000 (RM4,070) sebulan kepada gaji asas.

Walau bagaimanapun, angkasawan awam tidak layak untuk menerima manfaat ini.

Syarat menjadi angkasawan 

latihan angkasawan

Menurut Kolonel Tim Creamer yang merupakan seorang angkasawan NASA yang telah bersara, walaupun NASA sentiasa mencari angkasawan namun peluang untuk terpilih untuk program mereka adalah sekitar 0.7% sahaja.

NASA tidak memandang mana-mana ijazah lebih daripada yang lain untuk meningkatkan peluang anda terpilih, tetapi keperluan asas biasanya seperti kejuruteraan, sains biologi, sains fizikal atau matematik.

Masuk ke program ini juga memerlukan pengalaman 3 tahun pengalaman profesional, atau 1,000 jam sebagai juruterbang utama pesawat jet.

Namun, kebanyakan calon mendapatkan pengalaman pesawat jet dalam pasukan tentera.

Apa yang angkasawan lakukan jika tidak ditugaskan ke angkasa lepas?

angkasawan bertugas sebagai capcom

Sudah tentu hanya segelintir angkasawan yang terpilih sahaja akan dihantar dalam misi ke angkasa lepas biasanya ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Angkasawan di bumi biasanya diberikan pelbagai tugas yang berbeza. Antaranya bertindak sebagai CAPCOM atau penghubung antara kru di angkasa lepad dan kawalan misi.

CAPCOM adalah individu yang mempunyai sejarah sebagai angkasawan, kerana mereka adalah yang paling sesuai untuk memahami apa yang akan dilakukan oleh kru dan dapat menyampaikan pertanyaan atau cadangan dengan sempurna.

Selain itu, angkasawan juga bertanggungjawab dalam membantu kejuruteraan sebagai kru perhubungan.

Ini bermakna mereka mungkin menyediakan pengalaman "Faktor Manusia" (bagaimana tingkahlaku manusia secara fizikal dan psikologi berhubung dengan persekitaran tertentu) kepada para jurutera ketika mereka membina pesawat angkasa lepas.

calon angkasawan nasa

Mereka juga biasanya dalam fasa latihan. Sebagai ASCAN (calon angkasawan), mereka perlu menjalani latihan angkasawan am sebelum mereka layak untuk penerbangan.

Jika mereka ditugaskan untuk sesuatu misi, maka mereka akan memulakan latihan khusus misi sekitar 2 tahun sebelum misi sebenar.

Para calon juga mengambil kelas dan latihan lain, secara amnya, untuk memastikan mereka sentiasa mengetahui perkara terkini.

angkasawan dalam misi neemo

Malah, para angkasawan juga akan dihantar untuk menjalankan kajian dalam air, seperti misi NEEMO.

NEEMO adalah akronim bagi NASA Extreme Environment Mission Operations (Operasi Misi Alam Sekitar Ekstrem NASA).

Ia adalah satu misi analog NASA yang menghantar kumpulan angkasawan, jurutera dan saintis untuk tinggal di makmal bawah laut Aquarius, satu-satunya stesen penyelidikan bawah laut di dunia.

Kumpulan ini biasanya menghabiskan masa sehingga tiga minggu pada satu-satu masa sebagai persediaan untuk penerokaan ruang angkasa masa hadapan.

Rujukan:

1. Chron

2. Business Insider

3. Forbes

4. Market Watch



Hakcipta iluminasi.com (2017)