Sekiranya anda mengalami demam k-Pop atau k-Drama, bolehlah melayan demam anda itu dengan berkunjung ke restoran yang menyediakan hidangan Korea pula. Jangan risau, restoran ini semua sah halal Jakim!

#1 Sweetree

Restoran yang terletak di 'pekan Korea' sekitar Ampang, Selangor ini merupakan restoran Korea pertama yang disahkan halal di Malaysia. Saiz hidangan menu semuanya besar-besar dan boleh dikongsi beramai-ramai.

BESARKAN TEKS     A-  A+

makanan halal korea sweetree

13392281 796978517105881 4698768959155274255 o

Antara menu yang sedap dan menarik di sini ialah menu jjam bong, bulgogi, spring onion pancake dan banyak lagi!

suasana chillax di sweetree

Lokasi:No.13, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, Ampang, Selangor

Tel :+60 3-4287 4685

GPS:3.150511, 101.750489

Waktu operasi: setiap hari, 10:30 pagi hingga 11:00 malam

#2 Gangnam Station, Shah Alam

gangnam station shah alam

Restoran konsep makanan Korea yang pernah muncul dalam rancangan Jalan-Jalan Cari Makan ini diusahakan oleh seorang lelaki Melayu bernama En. Samsuddin Abd Aziz ini mempunyai dua cawangan iaitu di Seksyen 13 Shah Alam dan USJ 19 Subang. Apa yang menarik di sini ialah hidangan bulgogi di sini yang dikatakan paling best.

Anda mesti kena datang dan cuba sendiri!

makanan halal korea gangnam station

Lokasi:

Shah AlamG36, Block 5, Laman Seri Business Park, Jalan Persiaran Sukan, Seksyen 13 Shah Alam, Selangor

Tel: +60 3-5887 0426

GPS:3.092364, 101.543930

Waktu operasi: setiap hari, 11:30 pagi hingga 10:30 malam

SubangThe 19 USJ City Mall, Jalan Persiaran Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya, 47620 Subang Jaya, Selangor.

GPS:3.032183, 101.588678

Waktu operasi: setiap hari, 10:00 pagi hingga 10:00 malam

#3 Seoul Garden

Restoran ini berdaftar dengan Jakim di bawah nama Octo Jet (F&B) Sdn. Bhd. telahpun mempunyai puluhan cawangan di seluruh negara. Konsep BBQ dan steamboat secara buffet dengan bahan-bahan yang segar akan membuatkan perut anda berkeroncong akibat tidak sabar. Tapi janganlah gelojoh. Makan pelan-pelan sebab anda boleh ambil sebanyak mana lauk-pauk yang anda mahu.

korean bbq di seoul garden halal

Selain itu restoran ini juga ada menyediakan hidangan hot pot seperti jjigae dan bibimbap. Seoul Garden ada menawarkan kad keahlian di mana anda boleh mendapatkan diskaun istimewa dengan harga yang lebih murah.

hot pot seoul garden halal makanan korea

Kalau makan buffet, ambil berpada-pada. Elakkan pembaziran!

Lokasi : layari laman web Seoul Garden untuk mengetahui cawangan berhampiran anda

#4 BBQ Chicken

BBQ Chicken merupakan salah satu restoran berkonsepkan francais dari Korea yang terkenal dari tahun 90-an lagi. Menu ayam goreng, ayam bakar dan ayam BBQ di sini sememangnya sedap-sedap belaka. Selain itu anda juga boleh cuba makanan fusion lain seperti pizza, pasta dan burger yang disuntik dengan elemen Korea.

ayam drumstick berkilat kilat menambat hati di bbq chicken restoran korea halal

Restoran ini sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh negara dan disahkan halal oleh JAKIM.

burger kimchi di bbq chicken halal korea restoran

Untuk senarai cawangan lain, boleh layari laman web BBQ Chicken.

Tapi kalau anda rasa malas nak keluar ataupun nak sep bajet, bolehlah masak sendiri hidangan Korea di rumah. Jangan lupa buat kimchi sendiri macam yang kami pernah kongsikan sebelum ini ya!




Hakcipta iluminasi.com (2017)