roti canai sarapan pagi rakyat malaysia

Seiring dengan perkembangan teknologi, harga barangan atau produk di seluruh dunia semakin meningkat. Seperti di Malaysia contohnya, perubahan harga yang signifikan boleh dilihat.

Jika sekitar tahun 2000, anda boleh mendapat satu hidangan sarapan pagi sekepin roti canai bersama secawan milo ais dengan harga di bawah RM1.50 (berbeza mengikut kawasan dan negeri).

Namun kini hidangan yang sama boleh mencecah RM4. RM4 kini kelihatan seperti satu nilai yang kecil dan oleh itu, iluminasi.com ingin kongsikan produk yang anda boleh dapat dengan wang RM4 atau $1 di serata dunia.

1. Itali

rm4 boleh dapatkan anda secawan cappuccino di itali

Itali bukan sahaja terkenal dengan makanan kegemaran dunia iaitu piza dan pasta, tetapi juga dikenali kerana fesyen bergaya, kereta sport dan motosikal mewah, kepelbagaian budaya serantau dan dialek serta pantai yang sangat indah.

Dan walaupun ia menjadi tumpuan pelancong dunia, Itali masih menawarkan harga yang berpatutan di mana anda boleh dapatkan secawan cappuccino bersaiz sederhana dengan harga RM4.

Mungkin secawan cappuccino kelihatan seperti tidak begitu menakjubkan namun ia cukup untuk menyegarkan pagi anda.

2. United Kingdom

harga donat di united kingdom

United Kingdom terkenal dengan pemandangannya yang subur dan bandar yang paling banyak dikunjungi pelancong adalah London. Sebagai ibu negara, London terkenal dalam kalangan pelancong kerana infrastruktur dan pemandangannya.

Dengan kos yang sangat tinggi untuk tinggal di bandar ini, anda mungkin tertanya-tanya apa yang anda boleh dapatkan dengan wang serendah RM4.

Percaya atau tidak, anda boleh dapatkan sebuku roti dengan harga RM4. Jika anda seorang yang sukakan manisan, anda boleh dapatkan satu bar kit kat atau 2 ketul donat (RM3).

RM4 juga boleh berikan anda 5 biji pisang (RM2.60), sebungkus spaghetti 500g (RM1) atau susu penuh krim 565ml (RM2.65).

3. Amerika Syarikat

pizza di new york city

Sama seperti UK, anda mungkin tak fikir anda boleh beli apa-apa dengan harga RM4. Namun anda silap. Dengan suasana bandar New York City yang sibuk, ia sudah pastinya akan membuatkan.

Dan dengan RM4, anda boleh dapatkan sepotong piza. Tak lapar? Jangan risu, anda juga boleh dapatkan secawan kopi yang dibancuh dari kedai serbaneka tempatan.

4. Perancis

baguette dari perancis

Berdasarkan pengalaman penulis, Perancis adalah antara negara Eropah dengan harga paling mahal. Lokasi yang terkenal dan menjadi kegemaran mereka yang baru berkahwin untuk berbulan madu ini terkenal dengan roti ikoniknya iaitu baguette.

Perancis percaya bahawa roti hanya perlukan 4 bahan sahaja iaitu tepung, ragi, garam dan air. Jika ia mengandungi selain daripada bahan-bahan ini, ia tidak seharusnya dipanggil sebagai roti.

Baguette terkenal dengan strukturnya yang rangup di luar dan lembut di dalam. Jika anda makan baguette seperti ini, ia adalah baguette yang berkualiti. Dan dengan RM4, anda boleh dapatkan baguette segar yang baru dibakar di mana-mana lokasi di negara ini.

5. Rusia

2kg ubi kentang di rusia berharga rm4

Selain daripada wanita-wanita cantik yang tinggal di Rusia, terdapat pelbagai perkara lagi yang ditawarkan oleh negara ini. Infrastrutkur dan warisannya yang kaya membuatkan pelancong teruja.

Itu belum termasuk pasar tani mereka yang kini lebih fokus kepada makanan deli yang dimasak dan disajikan di banyak restoran-restoran kecil.

Anda boleh dapatkan 2 kilogram ubi kentang dengan harga RM4 sahaja di negara sejuk ini.

6. China

dumplings di shanghai

Shanghai adalah bandar yang sentiasa sibuk dan ibu negara China ini merupakan hab kewangan global.

Kawasan di tengah-tengah Shanghai dikenali sebagai Bund, sebuah laluan pejalan kaki tepi laut yang dipenuhi dengan bangunan zaman kolonial.

Di sini anda dapat alami satu gabungan budaya yang sempurna, iaitu moden dan tradisional, serta barat dan timur. Jadi apa yang anda boleh dapatkan dengan RM4 di Shanghai?

Tak lain tak bukan adalah 10 biji dumplings buatan tangan, snek yang sangat popular yang juga boleh dijadikan makanan utama.

7. Jepun

semangkuk nasi jepun

Sebagai negara yang terkenal dengan mesin layan diri dan robot, Jepun adalah antara salah satu negara dengan kos sara hidup paling tinggi di dunia.

Sebagai contoh, satu tin Coca-Cola berharga sekitar RM4.40 dan semangkuk mi sup boleh mencecah harga RM22.

Namun adalah satu perkara menggembirakan untuk mengetahui bahawa masih terdapat produk yang anda boleh beli dengan wang serendah RM4.

Cukup untuk anda dapatkan satu bar snek atau semangkuk nasi dengan RM4. Namun, di Jepun terdapat kedai-kedai yang anda boleh dapatkan produk seperti selipar, sarung tangan atau aksesori-aksesori kecil dengan RM4.

8. Korea Selatan

kimbap sayur di korea selatan

Korea Selatan adalah tanak kimchi dan K-Pop, di mana harga adalah agak mahal dan backpackers yang berjimat cermat tertanya-tanya bagaimana untuk menggunakan wang RM4 sebaik-baiknya.

Jika dibandingkan dengan Jepun, harga barang runcit di Korea Selatan adalah lebih mahal. Jadi kami cadangkan dan galakkan pengembara untuk bertanya kepada penduduk tempatan di mana anda boleh dapatkan makanan yang murah.

Mungkin tak banyak atau tak ada kedai RM2 seperti di Malaysia, namun ada peluang untuk anda melapik perut dengan RM4 di mana anda boleh dapatkan kimbap sayur.

9. Filipina

makanan tempatan filipina

Dengan RM4, anda boleh dapatkan sekitar 53 Pesos yang mana boleh bertahan agak lama.

Antara yang anda boleh dapatkan dengan RM4 atau 53 Pesos termasuklah secawan kopi, atau satu set hidangan yang terdiri daripada semangkuk nasi dan sup serta pilihan makanan tempatan.

Anda juga boleh dapatkan minuman smoothie segar bersaiz 350ml dari gerai-gerai tepi jalan atau 2 tongkol jagung dari kios di pusat membeli belah.

Tak cukup dengan itu, RM4 juga membolehkan anda mendapatkan sehelai T-shirt di gerai jalanan.

10. Sri Lanka

makanan di sri lanka

Safari, pantai-pantai yang sangat indah dan pengangkutan yang menerujakan adalah antara perkara yang membuatkan Sri Lanka terkenal dalam kalangan backpackers.

Ia merupakan sebuah negara yang indah dengan kehidupan. Jika anda merancang untuk ke Sri Lanka, adalah lebih baik untuk mengetahui apa yang ditawarkan supaya anda tak perlu bazirkan masa dan wang.

Antara satu perkara yang menarik tentang Sri Lanka adalah segala-segalanya adalah murah, yang mana anda boleh dapatkan hidangan untuk 4 orang dengan wang serendah RM4.


tags : , , , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)