Oleh pada 27 Oct 2017 kategori

Bagi peminat K-drama, pasti anda sudah terbiasa dengan babak macam ini: Seorang lelaki atau perempuan makan digerai tepi jalan sambil minum soju.

Bagi yang pernah menjejakkan kaki ke Korea Selatan pula, pemandangan pemabuk dan kaki botol yang pengsan ditengah-tengah bandar Seoul pada waktu tengah malam ialah normal. Menurut statistik Eurometer yang dijalankan pada tahun 2016, secara purata rakyat Korea Selatan minum 14 gelas kecil arak yang keras dalam seminggu, menewaskan Russia dan Amerika Syarikat. Tidak lama selepas itu, Republik Korea dinobatkan secara tidak rasmi sebagai ' negara yang mempunyai masalah minum arak paling teruk di dunia'.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Arak dan Soju

Soju merupakan minuman beralkohol yang paling popular di Korea. Ia boleh didapati di mana-mana dan dijual pada harga serendah 1 Dollar. Kebiasaannya kita lihat dalam drama Korea, Soju mesti diminum bersama makanan tradisi mereka sebab kedua-duanya memang bagaikan irama dan lagu, tak boleh dipisahkan. Tanpa soju, memang tak lengkap lah hidangan tersebut.

soju

Nampak sahaja macam air mineral, sebenarnya soju mempunyai kuasa yang luar biasa. Sebotol soju 350ml mempunyai  20% kandungan alkohol. Sangat sedikit berbanding Vodka yang terkenal dikalangan kaki botol. Namun, 2 botol Soju cukup untuk membuatkan anda benar-benar mabuk.

Kebanyakkan jenama terkenal soju mengupah artis kpop popular untuk menjadi duta produk mereka. Disebabkan itu, arak ini dirasakan sangat dekat dihati pengguna sekaligus mudah mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Korea dari segenap usia.

Budaya Minum Soju Mengeratkan Hubungan

Bagi rakyat Korea Selatan, sesi minum selepas kerja bersama bos merupakan cara terbaik untuk berkomunikasi dan mengeratkan hubungan sesama rakan sekerja. Sesiapa yang tolak ajakan tersebut mesti akan dipandang pelik. Selain daripada itu, arak, khususnya soju juga menjadi kemestian ketika perayaan dan juga bertindak sebagai simbol penghormatan kepada orang yang lebih tua dan nenek moyang mereka.

prayers relatives ancestors

Tekanan bekerja dan belajar

studentss

Kebanyakan pelajar di Korea Selatan belajar selama 18 jam sehari demi mengekalkan keputusan yang cemerlang. Persaingan yang sengit juga menyebabkan pekerja bekerja sehingga lewat malam. Disebabkan tertekan untuk berjaya dalam kerjaya dan dalam pelajaran, mereka akan menghabiskan masa selepas kelas dan selepas kerja dengan sesi minum sehingga blackout.

Blackout ialah situasi dimana seseorang itu mabuk sehingga hilang ingatan. Kebanyakan orang yang blackout biasanya akan buat perkara yang pelik-pelik macam buang air besar ditepi jalan tetapi langsung tak ingat apa-apa keesokkan harinya.

kermit the frog tengah blackout

Tekanan bekerja dan belajar juga menyebabkan negara ini pernah mendapat tempat kedua dalam carta 'negara yang paling banyak kes bunuh diri'. Sebuah pasukan penyelamat khas terpaksa ditubuhkan demi membendung kes bunuh diri di Sungai Han, Seoul.

Apa tindakan pihak berkuasa Korea?

Rakyat Korea Selatan sangat mementingkan hak kemanusiaan. Jadi, kebiasaannya polis tidak akan berkasar dengan mereka yang membuat kacau ketika mabuk. Walaupun begitu, tekanan kerja dalam kalangan polis sangat tinggi kerana mereka juga terpaksa bekerja keras disebabkan oleh kes jenayah melibatkan orang mabuk yang sangat banyak.

aljazeera polis handle orang mabuk

Contoh kes yang kerap berlaku ialah pergaduhan antara isteri/suami/ibu bapa/jiran/orang asing sehingga pukul memukul. Namun, polis tidak akan mengambil tindakan terhadap mereka. Mahkamah juga seringkali menolak kes yang melibatkan pemabuk.

Statistik Eurometer tahun 2017

Menurut statistik Eurometer pada Jun 2017, bilangan peminum arak di Korea Selatan semakin menurun. Hal ini kerana, pengguna milennial memelopori pasaran dan permintaan terhadap minuman yang kurang kandungan alkohol dan minuman sparkling lebih tinggi. Oleh itu, syarikat-syarikat gergasi yang menghasilkan soju terpaksa menjadi kreatif demi memenuhi permintaan pelanggan mereka.

champagne

Sumber:

Eurometer

Al-Jazeera





Hakcipta iluminasi.com (2017)