Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar bahawa orang Korea bencikan Jepun dan tertanya-tanya mengapa. Terdapat beberapa sebab yang mencetuskan kebencian dan kemarahan Korea terhadap Jepun.

Sentimen anti-Jepun dalam masyarakat Korea disebabkan oleh sentimen sejarah, budaya dan juga nasionalistik yang mana tercetus akibat penjajahan, penyiksaan dan pembunuhan oleh Jepun. Ketika itu, Korea Selatan dan Korea Utara masih satu entiti.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Penjajahan Korea oleh Jepun 1592

perang imjin

Perang Imjin

Rasa kebencian terhadap Jepun oleh Korea bermula dan merupakan kesan daripada serangan oleh lanun Jepun yang dikenali sebagai Perang Imjin yang kemudiannya membawa kepada pencerobohan Korea oleh Jepun pada tahun 1592 sehingga 1598.

Dalam tempoh 6 tahun ini, Jepun yang diterajui oleh General Toyotomi Hideyoshi telah melakukan penindasan yang amat teruk. Antara yang dilakukan oleh Generaal Hideyoshi adalah mengarahkan penculikan beribu-ribu petani dan artisan Korea termasuklah tukang besi dan tukang tembikar.

tembikar satsuma 2

Tembikar Satsuma

Tukang-tukang dari Korea ini diculik dan dibawa pulang Jepun dengan tujuan mengambil faedah daripada kemahiran mereka bagi memupuk seni dan budaya di Jepun.

Tukang tembikar yang diculik ini menjadi faktor utama penghasilan tembikar baru yang ada di Jepun hari ini iaitu Satsuma, Arita dan juga Hagi. Ini menambahkan lagi rasa benci terhadap Jepun kerana rakyat Korea berasakan budaya mereka telah dicuri.

Telinga dan hidung dipotong dijadikan trofi kemenangan

mimizuka

Mimizuka (Bukit Telinga)

Dalam pencerbohan itu juga, orang awam dibunuh sewenang-wenangnya dan mayat dibakar serta haiwan ternakan disembelih. Selain itu, ia merupakan tradisi Jepun untuk membawa balik kepala musuh sebagai cenderamata, namun disebabkan terlalu banyak mayat, ia adalah mustahil.

Jadi, mereka memotong telinga, dan juga hidung orang Korea yang mati dalam perang tersebut sebagai bukti kekuatan mereka di medan perang. Anggota-anggota ini diawet dan telah disemadikan di Mimizuka yang bermaksud "Bukit Telinga", atau "makam hidung". Sekurang-kurangnya 38,000 mayat mengalami nasib ini.

under japanese rule

Bukan sahaja warga Korea yang mati dalam peperangan, tetapi mereka yang masih hidup juga dipotong hidung mereka dan dibiarkan terus hidup, dan ia merupakan pemandangan biasa melihatkan orang tanpa hidung di Korea. Dikatakan antara 100,000 dan 200,000 hidung telah dibawa pulang ke Jepun daripada Korea.

Sentimen anti-Jepun dalam masyarakat kontemporari Korea

koloni jepun 1910

Bagi masyarakat kontemporari Korea pula, sentimen ini dikaitkan dengan penguasaan Jepun terhadap Korea pada tahun 1910 hingga 1945. Satu undian telah dijalankan pada tahun 2014 mengenai kesan daripada penaklukan itu dan 79% daripada rakyat Korea berasakan bahawa pengaruh jepun sebagai sesuatu yang negatif.

Manakala 15% lagi mengatakan ia merupakan pengaruh positif. Ia meletakkan Korea di tangga kedua di bawah China dalam negara yang paling tidak sukakan Jepun.

korea japan

Penjajahan Jepun ketika itu dikatakan merupakan satu "pembunuhan budaya" Korea. Jepun telah melakukan penindasan budaya dan bahasa Korea dengan menguatkuasakan dasar asimiliasi budaya dalam usaha untuk menghapuskan elemen budaya Korea daripada masyarakat. Bahasa Korea telah dihapuskan daripada subjek di sekolah pada 1936.

Bahasa Korea diharamkan di Korea

seoul

Pemandangan di Seoul ketika tempoh pemerintahan Jepun

Lebih tertekan, orang Korea dilarang bercakap atau menulis dalam bahasa Korea di sekolah, dalam perniagaan dan juga tempat awam. Hukuman mati akan dikenakan jika melanggar. Jepun juga mengenakan penggunaan nama keluarga bersama undang-undang sivil dan mewajibkan kehadiran di kuil Shinto.

Selain itu, rakyat Korea sangat marah kepada Jepen kerana telah mengubahsuai dan menghancurkan monumen-monumen seperti Istana Gyeongbok.

movement 1st march

Korea tidak hanya duduk diam dengan penindasan ini dengan mengadakan protese di seluruh negara pada 1 Mac 1919 yang dinamakan Pergerakan 1 Mac. Dianggarkan seramai 2 juta orang menyertainya pergerakan penuntutan kemerdekaan itu. Namun Jepun telah menghentikan pergerakan ini dengan menggunakan kuasa ketenteraan.

korea japan 518

Satu insiden yang sangat dasyat berlaku di mana orang kampung diasak oleh askar Jepun ke dalam sebuah gereja yang kemudiannya dibakar. Menurut kenyataan rasmi Jepun, jumlah mangsa termasuklah 553 terkorban, 1,490 cedera dan 12,522 ditangkap, namun Korea mengganggarkan sebanyak 7,500 kematian, 15,000 cedera dan 45,000 ditangkap.

Pada tahun 2002, satu undian dijalankan mengenai sama ada orang Korea Selatan menyukai Jepun atau tidak, dan keputusannya menunjukkan 33.4% daripada pengundi mengatakan mereka tidak sukakan Jepun.

comfort women statue

Patung memorial Comfort Women

Pada Jun 2012, seorang aktivis Jepun, Noboyuki Suzuki telah menaikkan kemarahan seluruh Korea Selatan dengan membuat papan tanda menegaskan semula terhadap perbalahan tuntutan pulau oleh Jepun. Noboyuki juga mengecam "Comfort Women" (wanita dan gadis Korea yang dipaksa menjadi hamba seks ketika Korea berada di bawah pemerintahan Jepun 1910-1945) di sebelah patung memorial "Comfort Women" di Seoul.

Sebulan selepas kejadian ini, satu lagi undian telah dijalankan selama 16 hari dari 14 hingga 29 Julai 2012, dengan 1,500 lelaki dan wanita dewasa mengambil bahagian. Keputusannya sudah boleh diagak, dengan 44.1% daripada mereka tidak menyukai Jepun. Peratusan ini jauh lebih tinggi berbanding tahun 2002.

Pada tahun 2015, terdapat kira-kira 50 wanita "comfort woman" masih hidup.

Namun, bukan semua rakyat Korea tidak sukakan Jepun. Mungkin hanya bagi warga emas yang masih ingat kejadian itu dan luka masih berdarah.

Tapi anda yang sukakan anime Jepun dan Kpop Korea, jangan gaduh-gaduh ya.

Rujukan




Hakcipta iluminasi.com (2017)