Oleh pada 05 Apr 2019 kategori

Turkish delight atau lokum adalah sebuah keluarga konfeksi berdasarkan gel kanji dan gula.

Jenis premium sebahagian besarnya terdiri daripada buah kurma yang dicincang, pistachios, dan kacang hazel atau walnut yang terikat oleh gel.

Sementara itu, jenis tradisional lazimnya berperisa air mawar, mastik, oren Bergamot atau lemon.

Konfeksi ini sering dibungkus dan dimakan dalam kiub kecil yang ditaburi dengan gula aising (icing sugar), kopra atau krim tartar (cream of tartar) serbuk untuk mengelakkan terjadinya apa yang dipanggil sebagai "clinging".

Antara perisa biasa yang lain termasuk kulit kayu manis dan pudina. Dalam proses pengeluaran, soapwort boleh digunakan sebagai bahan tambahan pengemulsi.

Asal-usul konfeksi ini tidak diketahui dengan jelas, tetapi ia diketahui telah dihasilkan di Turki seawal lewat tahun 1700-an, dengan demikian namanya.

Di dalam masakan Iraq, terdapat sebuah gula-gula yang serupa dengan Lukum, yang dibuat dari buah tanah yang disebut "Luzina".

Manisan ini juga pernah muncul dalam filem The Chronicles of Narnia.

 

Turkish Delight 

 

Bahan-bahan A:

  • Gula (4 cawan)
  • Air (1 1/2 cawan )
  • Jus lemon (1 sudu besar)
  • Candy thermometer (150°c-240°c)

 

Bahan-bahan B:

  • Tepung jagung (1 cawan )
  • Krim tartar (cream of tartar) (1 sudu besar) - serbuk
  • Air (2 cawan )
  • Perisa rose - boleh tukar perisa lain
  • Pewarna merah - boleh tukar warna lain

 

Dusting:

  • Tepung jagung (1/4 cawan)
  • Gula aising (icing sugar) (1 cawan)

 

Cara-cara membuat:

1. Masukkan semua bahan A di dalam kuali (pan) atau periuk dan gaul sehingga mendidih. Kemudian, perlahankan api dan biar sehingga pekat.

Tips: Jika ada 'candy thermometer', masukkan dalam kuali untuk periksa suhu mengikut suhu di atas. Apabila telah pekat, warna akan menjadi perang cair.

2. Dalam kuali lain, masukkan air, tepung jagung dan krim tartar (cream of tartar), tetapi jangan hidupkan api dahulu. Kacau sebati dan apabila sudah sebati, baru buka api dan kacau sehingga menjadi seperti gam.

3. Apabila telah menjadi seperti gam, padam api dan masukkan bahan A sedikit demi sedikit. Gaul sebati sehingga bahan A habis.

4. Hidupkan api semula dan gaul sehingga ia mendidih. Apabila sudah mendidih, kecilkan api dan gaul sehingga bertukar warna keperangan atau kuning jingga (amber).

Nota: Langkah ini mengambil masa sejam lebih.

5. Apabila telah bertukar keperangan, masukkan perisa rose dan pewarna. Kemudian, gaul sebati.

6. Gaul lagi 5 minit, tutup api dan terus masukkan dalam bekas yang telah digriskan dengan minyak terlebih dahulu.

Tips: Lebih baik jika ada 'cooking paper', gris pada 'paper'.

 

Nota:

✔ Biarkan sejuk semalaman. Kalau simpan dalam peti ais, nanti permukaan akan berair sedikit.

✔ Lebih baik biar sahaja di atas meja makan. Biar terbuka dan tutup menggunakan tudung saji.

✔ Apabila telah sejuk, potong dan bolehlah letak dusting.

 

Sumber:

1. Anis Sabri [1, 2]

2. Wikipedia Turkish Delight




Hakcipta iluminasi.com (2017)