Oleh pada 30 Sep 2024 kategori

Sup ayam Thai merupakan sebuah menu yang ringkas dan mudah untuk disediakan. Namun begitu, hasilnya tetap menyelerakan dan begitu sesuai untuk dinikmati seisi keluarga.

Untuk resepi pertama, daging boleh digunakan untuk menggantikan ayam sebagai bahan utama. Selain itu, sup bunjut juga boleh digantikan dengan 3 sekawan, manakala daun ketumbar pula boleh digantikan dengan daun bawang.

 

Versi 1

 

Bahan-bahan:

  • Bawang putih
  • Halia
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Serai
  • Hirisan lemak ayam
  • Ayam
  • Sup bunjut
  • Kiub ayam - jenama Knorr
  • Lobak merah
  • Sos ikan (2 sudu)
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Maggi Cukup Rasa atau Ajinomoto
  • Daun ketumbar
  • Perahan asam limau nipis

 

Cara-cara membuat:

1. Bawang putih dan halia (tumbuk).

2. Bawang merah dan bawang besar (mayang) dan serai.

Nota: Jika serai yang digunakan halus-halus, letakkan banyak sedikit. Jika ianya besar-besar, letakkan 2/3 sahaja.

3. Tumis semua sekali dengan hirisan lemak ayam sehingga naik bau/layu.

4. Masukkan air. Hampir hendak gelegak, masukkan ayam, sup bunjut, kiub ayam dan lobak merah. Biar seketika.

5. Masukkan sos ikan (2 sudu), tomato dan daun limau purut.

6. Letakkan garam dan Maggi Cukup Rasa atau Ajinomoto.

7. Apabila ayam sudah masak, masukkan daun ketumbar dan perahan asam limau nipis. Siap.

sup ayam thailand

 

Versi 2

sup ayam thai

 

  • Tumbuk: Bawang putih + halia
  • Potong: Bawang merah + bawang besar + serai
  • Ketuk: Cili

 

Nota: Berapa biji kuantiti bahan tumis bergantung kepada kuantiti ayam dan kuah sup.

 

1. Letakkan minyak sedikit. Tumis semua sekali.

2. Campur hirisan lemak ayam.

Nota: Jika mahu terus letakkan daun limau purut juga boleh.

3. Tumis sehingga layu/garing/wangi.

4. Api sederhana.

 

  • Ayam
  • Daun saderi
  • Lobak merah

Basuh, potong dan siram/bilas.

 

Air hampir-hampir hendak mendidih, masukkan ayam dulu. Kemudian, barulah masukkan daun saderi dan lobak merah.

Tutup periuk/pan dengan penutup dan tunggu.

 

Kemudian, masukkan:

  • Kiub ayam - jenama Knorr
  • Sup bunjut - jenama Adabi
  • Garam
  • Gula
  • Maggi Cukup Rasa
  • Thai Fish sauce

 

Akhir sekali, masukkan:

  • Daun Ketumbar (coriander)
  • Hirisan bawang besar (wedges)
  • Cili potong
  • Tomato
  • Daun limau purut
  • Perahan asam limau nipis

 

Resepi ini diambil dari kumpulan masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

 

Kredit resepi:

Tengku Syazwany [12]

Wanie Yusoff [12] - pemilik asal ialah Tini Joe

 

Sumber informasi:

Pelangi Petang [1, 2]

Syahirah Syira [1, 2]

Anemz Fienem [1, 2]

Khairiyatul Azfariza Khalid [1, 2

Nur Fara [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)