Oleh pada 25 Mar 2019 kategori

Kuih peria adalah sejenis kuih yang dibuat dengan menggunakan tepung pulut dan terkenal di Malaysia.

Kuih peria secara tradisi menggunakan daun dari pokok pandan untuk menghasilkan warna hijau.

Ia mempunyai bentuk bujur dan berinti kelapa manis.

 

Kuih Peria (Versi 1)

 

Bahan-bahan: 

  • Tepung pulut (1 paket) - 500g
  • Gandum (1 cawan)
  • Santan cair (secukupnya) - pemilik resepi letak sedikit garam
  • Inti kacang merah - pemilik resepi beli yang telah siap

 

Cara-cara membuat: 

1. Campurkan tepung pulut dan tepung gandum. Gaul sebati.

2. Masukkan santan sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh.

3. Bentukkan, masukkan inti dan sapukan sedikit minyak supaya tidak melekat.

Tips: Pemilik resepi lorekkan menggunakan sudu garfu sahaja.

4. Kukuskan dengan api yang sederhana selama 10-15 minit.

 

Kuih Peria (Versi 2)

kuih peria 1

 

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut (2 cawan)
  • Tepung gandum (1/2 cawan)
  • Air (secukupnya)
  • Pewarna merah dan hijau

➡ Gaul untuk jadikan doh. Bahagi 2, 1 digaul dengan warna merah dan 1 lagi warna hijau. 

  • Inti kacang hijau dan merah - dibeli siap di kedai roti

➡ Boleh juga pakai inti kelapa manis, ikut selera masing-masing.

  • Sedikit minyak

➡ Letak di tapak tangan ketika membentuk supaya tidak melekat dan kelihatan cantik berkilat apabila sudah kukus, jangan guna tepung, adunan akan menjadi keras.

  • Daun pisang - dipotong kecil-kecil untuk alas kuih

 

Cara penyediaan:

1. Bulat-bulatkan doh.

Tips: Gunakan minyak di tapak tangan supaya tidak melekat.

2. Masukkan inti dan bentukkan bujur.

3. Untuk menghasilkan garis tersebut, boleh gunakan lidi atau pisau untuk menekan.

4. Alas atas daun pisang, susun dalam pengukus dan kukus dalam 10-15 minit menggunakan api sederhana.

Nota: Jangan terlebih kukus, ia akan menjadi kembang. 

 

Tips: Resepi ini tidak meletakkan ubi, namun ia boleh diletak jika mahu .

 

Sumber:

1. Aida Syuhada [1, 2]

2. Nora Yusof [1, 2]

3. Wikipedia Kuih Peria




Hakcipta iluminasi.com (2017)