Oleh pada 30 Oct 2019 kategori

Kuih puteri mandi atau kepek hidung merupakan sejenis kuih manisan penduduk kawasan pantai timur yang dinikmati dengan kuah gula yang agak berair. Secara amnya, terdapat dua jenis kuih ini iaitu berwarna-warni dan hanya sebuah warna sahaja.

Supaya lebih menarik, gunakan tiga warna yang berbeza iaitu hijau, merah dan kuning. Bahagikan kepada tiga bahagian, campurkan ketiga-tiga warna tersebut dan barulah dibentuk.

Bagi mengelakkan kuih puteri mandi menjadi kurang kenyal, ia tidak boleh direbus terlalu lama. Untuk yang tidak suka terlalu kenyal pula, tambahkan sedikit air jika doh terlalu keras.

Kuih Puteri Mandi

kuih puteri mandi 705

Bahan-bahan:

  • Tepung pulut (1 cawan)*
  • Tepung gandum (1 sudu besar membukit)*
  • Garam (1/2 sudu kecil)*
  • Pewarna hijau*
  • Air pandan (secukupnya) - dari kisaran daun pandan (5-6 helai)*

Isi secawan air dalam pengisar untuk dituang ke dalam adunan nanti. Letak secara sedikit demi sedikit.

Bahan-bahan untuk inti puteri mandi:

  • Kelapa putih (1/2 biji)
  • Gula merah/gula melaka/gula perang (1 cawan)
  • Air (1/2 cawan)
  • Gula (2 sudu besar)
  • Daun pandan (2 helai) - disimpul

Cara penyediaan inti puteri mandi: 

  1. Masukkan air bersama gula merah dan daun pandan di dalam kuali. Tunggu sehingga gula merah cair. Kemudian, barulah masukkan kelapa parut. Masak menggunakan api kecil dan sehingga sedikit kering serta sebati.
  2. Rasa dan tambahkan gula putih jika perlu. Tutup api dan ketepikan.

Cara penyediaan kuih puteri mandi: 

  1. Masukkan bahan berhuruf condong*. Tambahkan sedikit demi sedikit air pandan sehingga membentuk doh dan tidak melekat di tangan. Jika suka, boleh letakkan pewarna.
  2. Bulat-bulatkan doh dengan cara menggentel pada saiz kecil dan lekukkan pada bahagian tengah.
  3. Masukkan air ke dalam periuk dan didihkannya untuk merebus doh.
  4. Apabila air mendidih, masukkan adunan kuih puteri mandi yang telah siap ke dalam air rebusan. Ia masak apabila doh terapung. Angkat dan toskan.
  5. Gaul sebati doh yang siap dengan inti kelapa. Siap untuk dihidangkan.

kuih puteri mandi 1

Kredit foto: Imah Rahman (Gambar bukan menggunakan resepi di atas)

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Sumber:

1. Nor Azliza Mohamed [1, 2]

2. Dari Dapur AZLI RAZALI (azlirazali.blogspot.com) [1, 2]

3. Kayumaniskorner563 (kayumaniskorner563.blogspot.com) [1, 2]




Hakcipta iluminasi.com (2017)