Terdapat juga roti boyan yang berbentuk bulat dan dikelim seperti karipap. Hidangan ini boleh dimakan dengan sambal tumis.

Sebagai cadangan, daging cincang boleh ditambah dalam ubi. Selain itu, intinya juga boleh digulung dalam kulit popia.

Roti Boyan

roti boyan 13

Bahan-bahan:

  • Kentang (1kg)
  • Bawang merah
  • Lada hitam
  • Garam
  • Daun bawang
  • Cili merah
  • Telur (4 biji)
  • Tepung gandum (600g)
  • Garam (1 sudu kecil)
  • Minyak masak (90g)
  • Baking soda (1 sudu kecil)
  • Air suam (320ml)

Cara-cara penyediaan bergambar:

roti boyan default 1 edited

  1. Rebus kentang.
  2. Lenyekkan.
  3. Tumis bawang merah, lada hitam dan garam. Lebih sedap jika ada daun bawang dengan cili merah.
  4. Masukkan kesemua telur.
  5. Kacau adunan supaya jadi seperti ini.
  6. Campurkan tepung gandum, garam dan minyak masak. Gaul menjadi serbuk roti.
  7. Tambah baking soda dan air suam. Gaul sehingga menjadi doh.
  8. Rehatkan doh selama 30 minit supaya senang dicanai.
  9. Timbang 100g dan bulatkan adunan.
  10. Canai adunan.
  11. Letak inti kentang.
  12. Lipat empat segi. Goreng.

Resepi Bonus: Ikan Masak Kicap Boyan 

ikan masak kicap boyan

Bahan-bahan:

  • Ikan - digoreng dengan garam dan kunyit
  • Bawang holland (1 biji) - dipotong bulat
  • Cili kisar (1 senduk kecil)
  • Kulit kayu manis (1 batang)
  • Buah pelaga (6 biji)
  • Bunga lawang (2 biji)
  • Cili hijau (2-3 biji) - dibelah
  • Kicap manis (secukupnya)
  • Garam, gula dan serbuk perasa

Bahan kisar (basah):

  • Bawang merah kecil (3 biji)
  • Bawang putih (3 biji)
  • Halia (1 inci)
  • Serai (1 batang)

Dikisar sehingga halus.

Bahan kisar (kering):

  • Biji ketumbar (1 sudu kecil)
  • Lada hitam (1 sudu kecil)
  • Jintan manis (1 sudu kecil)
  • Jintan putih (1 sudu kecil)
  • Buah keras (1 biji)

Dikisar halus dan disangai tanpa minyak, api perlahan dan jangan sehingga hangit.

Cara-cara penyediaan:

  1. Guna minyak ikan goreng tadi.
  2. Masukkan kulit kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bawang holland.
  3. Apabila naik wangi, masukkan bawang kisar (basah) dan cili kisar.
  4. Gaul sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
  5. Masukkan kicap, bahan kisar (kering) dan cili hijau.
  6. Kacau lagi sehingga masak.
  7. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa.
  8. Barulah masukkan ikan yang telah digoreng.
  9. Gaul sebati dan siap.

Resepi ini diambil dengan kebenaran dari 'group' masakan paling popular di Facebook, Masak Apa Hari Ni.

Kredit resepi:

1. Nafisah Binti Md Hasni [12]

2. Ain Oh Ain [12]

Sumber informasi:

1. Eda Ahmad Kharul [1, 2]

2. Norazzereen Md Naiem [1, 2]

3. Norleza Abdullah [1, 2]



Hakcipta iluminasi.com (2017)