Oleh pada 01 Jun 2019 kategori

Biskut dahlia merupakan sebuah biskut yang juga sebenarnya merupakan biskut semperit.

Biskut dahlia berbentuk seperti bunga dahlia manakala semperit biasa berbentuk panjang. 

Hakikatnya, kedua-dua biskut ini menggunakan adunan yang sama. 

 

Biskut Dahlia (Versi 1)

 

Gambar pertama menggunakan acu semperit (plastik putih) yang bunganya pecah 10 dan gambar kedua menggunakan nozle yang bunganya pecah 15 

  

Bahan-bahan :  

  • Planta (315 gm) 
  • Gula kisar (140 gm)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Susu pekat (3 sudu besar)
  • Esen vanila (1 sudu kecil)
  • Pewarna kesukaan
  • Tepung gandum (3oo gm)
  • Tepung jagung (300gm)
  • Ceri atau coklat chip - sebagai hiasan

 

Cara-caranya :  

1. Pukul planta dan gula sehingga sebati. Tidak perlu sampai kembang sangat. Masukkan susu, esen vanila dan juga pewarna kesukaan. Pukul sebati.

2. Masukkan sekali kuning telur. Pukul sebati dan ketepikan.

3. Ayakkan tepung gandum dan tepung jagung ke dalam bekas. Kemudian tuang ke semua bahan yang sudah di pukul tadi ke dalam tepung.

4. Uli menggunakan tangan sehingga menjadi doh.

5. Selepas itu bentukkan menggunakan acuan semperit .

6. Bakar menggunakan suhu 160 C selama 20 minit.

Biskut Dahlia (Versi 2) 

biskutdahlia 1  

 

Bahan-bahan :

  • Mentega (1 cawan)
  • Gula kastor (1 cawan)
  • Tepung castard (1 cawan)
  • Kuning telur (1 biji)
  • Tepung gandum (2 cawan)
  • Esen vanila (2 titik)

 

Cara-caranya :  

1. Gaulkan sebati kuning telur, gula kastor, mentega dan juga esen vanila.

2. Apabila sudah sebati masukkan bahan ayak yang sudahdi ayak terlebih dahulu (tepung gandum. tepung castard dan tepung jagung).

3. Uli sehingga sebati. Jika sudah tidak melekat di jari atau bekas menandakan doh sudah lembut secukupnya.

4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkanya. (Pemilik resepi menggunakan acuan nozzle pecah 10) .

5. Bakar ke dalam ketuhar .

 

Sumber:

1. Zeeta Zaini [12]

2. Rosliza Che YA [12

3. Teratak Mutiara Kasih (linapg.blogspot.com) [12]




Hakcipta iluminasi.com (2017)